Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Penang Tahan Bot Nelayan Ceroboh Perairan Negara

Diterbitkan: 25 Jan 2016 3.15 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.32 PM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya menahan sebuah bot nelayan Indonesia kerana menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di kawasan 48 batu nautika dari Pulau Kendi, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-penang-tahan-bot-nelayan-ceroboh-perairan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:20 MYT

Pulau Pinang, 25 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya menahan sebuah bot nelayan Indonesia kerana menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan di kawasan 48 batu nautika dari Pulau Kendi, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Marzuki Che Shuib berkata pihaknya turut menahan seorang tekong, seorang juru enjin dan dua orang awak-awak.

“Ketika menjalankan Op Gelora, pihak kami berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menghampiri bot tersebut,” katanya lagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebuah bot pancing tidak bernombor dari Indonesia yang membawa muatan 80 kilogram ikan pelbagai jenis," jelas beliau.

Rampasan dan tangkapan dibawa balik ke PPM Batu Ubun dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran.

ACP Marzuki berkata, PPM akan terus melakukan rondaan di perairan negara bagi mencegah kegiatan pencerobohan nelayan asing.

Marin Penang Tahan Bot Nelayan Ceroboh Perairan Negara

ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2016 3.15 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.32 PM