Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Kukup Rampas Bubu Bam Bam

Diterbitkan: 28 Nov 2014 2.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pontian, 28 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Kukup merampas 42 peralatan bubu bam-bam (bubu lipan) dalam Op Pensura yang diadakan di Perairan Laut Parit Semerah, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-kukup-rampas-bubu-bam-bam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:47 MYT

Pontian, 28 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Kukup merampas 42 peralatan bubu bam-bam (bubu lipan) dalam Op Pensura yang diadakan di Perairan Laut Parit Semerah, di sini, petang semalam.
 
Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata selepas menyedari kehadiran bot ronda polis di perairan tersebut, sebuah bot fiber yang berada dalam keadaan mencurigakan cuba dilarikan oleh tekong bot ke arah pantai bakau namun berjaya dipintas oleh pihak polis.

Pemeriksaan lanjut berjaya menemui sejumlah 42 peralatan pukat dan bubu bam-bam yang digunakan bagi aktiviti penangkapan ikan di perairan berkenaan.

Turut dirampas sebuah bot fiber bersama sebuah enjin Yamaha 60 HP. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 21,500.

Kesemua barangan tersebut dibawa ke jeti Markas Taktikal Kukup untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985. 

Menurut Paul lagi pihak polis sentiasa memantau aktiviti nelayan yang menangkap ikan dengan cara yang menyalahi undang-undang.

"Penggunaan bubu bam-bam adalah merupakan satu kesalahan dan ia boleh mengancam ekosistem kehidupan laut," tegasnya lagi.

Marin Kukup Rampas Bubu Bam Bam
ArtikelDiterbitkan 28 Nov 2014 2.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM