Pontian, 28 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Kukup merampas 42 peralatan bubu bam-bam (bubu lipan) dalam Op Pensura yang diadakan di Perairan Laut Parit Semerah, di sini, petang semalam.
Pemeriksaan lanjut berjaya menemui sejumlah 42 peralatan pukat dan bubu bam-bam yang digunakan bagi aktiviti penangkapan ikan di perairan berkenaan.
Turut dirampas sebuah bot fiber bersama sebuah enjin Yamaha 60 HP. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM 21,500.
Kesemua barangan tersebut dibawa ke jeti Markas Taktikal Kukup untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985.
Menurut Paul lagi pihak polis sentiasa memantau aktiviti nelayan yang menangkap ikan dengan cara yang menyalahi undang-undang.
"Penggunaan bubu bam-bam adalah merupakan satu kesalahan dan ia boleh mengancam ekosistem kehidupan laut," tegasnya lagi.