Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Marin Kedah Serbu Stor Penyimpanan Minyak Diesel Bersubsidi

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurut Komander Pasukan PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah, bertindak di atas maklumat, pemerhatian telah dijalankan oleh pihaknya yang terdiri daripada seorang pegawai bersama empat anggota terh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-kedah-serbu-stor-penyimpanan-minyak-diesel-bersubsidi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:54 MYT
Alor Star, 15 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi dalam Ops Landai di sekitar kawasan perindustrian Mergong, semalam.

Menurut Komander Pasukan PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah, bertindak di atas maklumat, pemerhatian telah dijalankan oleh pihaknya yang terdiri daripada seorang pegawai bersama empat anggota terhadap sebuah bengkel yang mencurigakan di kawasan terbabit.

"Kita melakukan serbuan terhadap bengkel terbabit dan hasil serbuan kita mendapati terdapat lebih kurang 20,000 liter minyak diesel yang disimpan bernilai RM40,000 yang dipercayai akan diseludup keluar.

"Selain itu, kita juga merampas dua buah kenderaan yang disyaki digunakan untuk mengangkut minyak diesel dan peralatan untuk mengepam.

"Dalam serbuan tersebut empat orang suspek yang terdiri daripada lelaki warga tempatan turut ditahan dan semua hasil rampasan bernilai RM145,000 diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)," tambahnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Marin Kedah Serbu Stor Penyimpanan Minyak Diesel Bersubsidi

Sumber: PPM
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM