Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Marin Johor Tumpaskan Cubaan Pati Keluar Masuk Negara Secara Haram

Published: 13 Jan 2016 8.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 13 Jan - Sembilan pendatang tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia berjaya ditahan dalam satu serbuan di Kawasan Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/marin-johor-tumpaskan-cubaan-pati-keluar-masuk-negara-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:59 MYT

Kota Tinggi, 13 Jan - Sembilan pendatang tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia berjaya ditahan dalam satu serbuan di Kawasan Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, bertindak atas maklumat, pasukannya menumpaskan cubaan PATI tersebut untuk keluar masuk ke negara ini secara haram.

"PATI berkenaan dipercayai telah lama berada di kawasan tersebut dan menunggu bot pancung untuk ke negara jiran", katanya.

Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26A, Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyuludupan Manusia (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 5 (2) & Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Marin Johor Tumpaskan Cubaan Pati Keluar Masuk Negara Secara Haram

ArticlePublished 13 Jan 2016 8.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM