Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mangsa Penyeludupan Melalui Maritim

Diterbitkan: 13 Jun 2015 7.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Baru - baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita pendaratan 1,107 pendatang tanpa izin (PATI) di Pulau Langkawi pada lewat malam 10 Mei dan awal pagi 11 Mei 2015.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-penyeludupan-melalui-maritim
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:58 MYT

Baru - baru ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan berita pendaratan 1,107 pendatang tanpa izin (PATI) di Pulau Langkawi pada lewat malam 10 Mei dan awal pagi 11 Mei 2015. 

Mereka terdiri daripada warga negara Bangladesh dan Myanrnar yang menaiki dua hot iaitu sebuah bot nelayan dan sebuah bol kargo. Siasatan lanjut mendapati bot nelayan terbabit memuatkann 287 orang manakala bot kargo membawa 820 orang. Seperti mana kita semua sedia maklum, mereka melarikan diri dari negara asal atas pelbagai sebab dan datang ke negara ini dengan harapan memulakan kehidupan baru. 

Artikel ini bertujuan membawa pembaca melihat senario pemangsaan PATI yang diseludup oleh sindiket ke Malaysia melalui jalan laut. Ejen sindiket ini bertanggungjawab mencari mangsa di negara asal iaitu di Bangladesh dan Myanmar, memperdayakan mereka untuk berhijrah ke Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan, menyeksa mereka ketika di perairan antarabangsa apabila keluarga mereka tidak berupaya membuat bayaran dan akhirnya membiarkan mangsa memasuki perairan Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Mangsa Penyeludupan Melalui Maritim

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2015 7.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM