Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mangsa Culik Warga Sri Langka Diselamatkan Polis

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam kejadian pada 6 Oktober lalu, mangsa yang berusia 40 tahun itu diculik tiga lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka di sebuah kawasan di Sungai Buloh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-culik-warga-sri-langka-diselamatkan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:49 MYT

KUALA LUMPUR 1 November. - Seorang mangsa culik warga Sri Lanka yang dikurung selama 18 hari berjaya diselamatkan apabila polis menahan tiga lelaki di Ipoh, Perak pada 24 Oktober lalu.

Dalam kejadian pada 6 Oktober lalu, mangsa yang berusia 40 tahun itu diculik tiga lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka di sebuah kawasan di Sungai Buloh, dekat sini. Lelaki berkenaan dipercayai dibawa dan dikurung di sebuah rumah di Ipoh.

Difahamkan salah seorang suspek kemudian bertindak menghubungi keluarga mangsa di Sri Lanka dan meminta wang tebusan RM20,000.

Keluarga mangsa kemudiannya menghubungi polis Sri Lanka yang terus meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu suspek.

Selepas dijejaki, kesemua lelaki yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan di Ipoh pada 24 Oktober lalu.

Ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi berada dalam keadaan lemah. Difahamkan, polis sedang memburu dua lagi suspek yang dipercayai turut terlibat dalam sindiket yang sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Dato' Hasnan Hassan ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan penahanan itu.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM