
Artikel
Mangsa Banjir Di Pps Tidak Perlu Khuatir Polis Selangor Sendiri Akan Turun Ambil Laporan Anda
Seluruh balai polis bergerak di kawasan yang terjejas telah digerakkan ke lokasi penempatan itu bagi membantu mangsa banjir membuat laporan polis secara manual...
Mangsa-mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara seluruh negara khasnya di negeri Selangor tidak perlu khuatir untuk membuat laporan polis berkenaan kes kehilangan barang dan harta benda mereka.
Seluruh balai polis bergerak di kawasan yang terjejas telah digerakkan ke lokasi penempatan itu bagi membantu mangsa banjir membuat laporan polis secara manual.
Pihak polis akan cuba sedaya upaya memudahkan urusan mangsa-mangsa banjir di waktu yang sukar ini. Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada!