Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mangsa Banjir Di Johor Sedikit Meningkat Kepada 388 Orang Pagi Ini

Published: 04 Jan 2018 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 4 Jan 2018 - Mangsa banjir di Johor sedikit meningkat kepada 388 orang setakat 8 pagi ini berbanding 380 malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mangsa-banjir-di-johor-sedikit-meningkat-kepada-388-orang-pagi-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:19 MYT


Johor Bahru,  4 Jan 2018 - Mangsa banjir di Johor sedikit meningkat kepada 388 orang setakat 8 pagi ini berbanding 380 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata  berikutan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) lagi dibuka iaitu Dewan Raya Kampung  Parit Hassan di Kluang kerana banjir kilat yang melanda Kampung Parit Hassan.

“Seramai lapan mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS tersebut. Sementara itu, seramai 380 mangsa daripada 105 keluarga masih ditempatkan di enam PPS di Mersing,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan yang masih terjejas banjir di Mersing ialah Kampung Kelantan, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Tawar, Kampung Jemari, Kampung Air Merah dan Kampung Pengkalan.

Pemantauan berterusan akan terus dijalankan oleh pelbagai agensi dan pejabat daerah.  - BERNAMA

ArticlePublished 04 Jan 2018 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM