Manfaatkan Kelab Bagi Mantapkan Ukhuwah Dan Tingkatkan Espirit De Corps
Kuantan , 9 Dis -
"Kelab merupakan satu medium untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat
dan mengukuhkan ikatan kemesraan kepada setiap warga PDRM, malahan
dengan adanya kelab di setiap formasi ianya dapat membantu meningkatkan espirit de corps
sesama kita," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara sempena Penyampaian Amanat Dan Majlis Perasmian Rumah Kelab
Kem Bukit Galing Pada Mesyuarat 'Commander's Call' Jabatan KDN/KA di Briged Tenggara, di sini, hari ini.
Sehubungan
itu juga, beliau melahirkan rasa bersyukur atas peruntukan sebanyak RM 1
juta yang telah diberikan oleh pihak kerajaan di bawah tajuk 'well being'
yang telah dilaksanakan dengan sebaiknya sepertimana yang telah
dilakukan oleh Briged Tenggara melibatkan kemudahan-kemudahan tambahan
seperti gelanggang sukan dan tempat riadah kepada warga PDRM di sini.
PGA Sebagai Tulang Belakang Pasukan Dalam Mengurangkan Jenayah
YDH
Ketua Polis Negara turut melahirkan rasa berbangga atas bantuan
anggota-anggota PGA dalam penugasan-penugasan dan operasi di bawah
inisiatif NKRA yang telah dapat mengurangkan indeks jenayah di
kontinjen-kontinjen 'hot-spot', penugasan lain seperti Ops
Wawasan, penugasan memelihara ketenteraman awam, penugasan bantuan
bencana dan juga misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Timor
Leste pada 2012.
"Saya amat berbangga dan amat menghargai
pengorbanan semua pegawai dan anggota PGA yang kadangkala berjauhan
dengan keluarga dan menyarankan kebajikan anggota-anggota PGA dan
keluarga mereka hendaklah diberi keutamaan sewajarnya dan kewujudan
Kelab Kem Galing ini adalah amat bertepatan dengan matlamat dengan
mengeratkan hubungan kekeluargaan ini," tambahnya.
Amanat Ketua Polis Negara
Dalam
intipati ucapannya hari ini, beliau telah menggariskan beberapa amanat
kepada warga Jabatan KDN/KA, antaranya kekerapan mengadakan lawatan
berupa lawatan kebajikan atau 'meet to man section' yang harus dipraktikkan selalu bagi memupuk keharmonian dan motivasi anggota-anggota.
Sistem 'command and control'
hendaklah diamalkan sepanjang masa dan ketua formasi perlu berinteraksi
sesama ahli PERKEP bagi mendapatkan pandangan-pandangan seterusnya
berusaha memantapkan lagi peranan PERKEP dari pelbagai aspek dalam
meningkatkan imej PDRM.
Seterusnya, peranan Pasukan Gerakan Marin
(PGM) yang akan diletakkan di bawah Ketua Polis Negeri di mana struktur
penjawatan baharu PGM adalah melalui Ketua Jabatan Ketenteraman Awam
sebagai langkah untuk mengekalkan PGM sentiasa relevan di dalam PDRM.
NKRA
'Crime prevention' dan 'crime suppression'
hendaklah dijadikan agenda utama bagi tahun 2012 dan usaha-usaha NKRA
seperti 'stop and talk', 'meet and greet' dan rondaan perlu dipergiatkan
bagi meningkatkan persepsi bahawa persekitaran negara adalah selamat.
Tingkat Tahap Disiplin Diri
Masing-masing
haruslah menjaga serta mempertingkatkan disiplin diri, dan semua ini
haruslah bermula dari rumah. Begitulah maksud yang disampaikan oleh YDH
Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapan
beliau selepas membuat lawatan di kawasan perumahan pegawai dan anggota
Briged Tenggara pada awal pagi ini dan YDH Tan Sri juga berasa
bangga serta memuji tahap kebersihan persekitaran dalam Briged Tenggara
ini. YDH Tan Sri Ketua Polis Negara juga menyeru agar setiap individu
dalam pasukan juga mengamalkan budaya multi-tasking di mana seorang pegawai atau anggota itu haruslah berkebolehan untuk malaksanakan lebih dari satu tugas pada setiap masa.
Turut
hadir pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah
Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md Amin, Setiausaha Polis
Diraja Malaysia, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan
Pengarah I, Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman,
Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato'
Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah KDN/KA
(PGA/Sempadan/LTAB), YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani, Ketua Polis
Pahang, YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara
PGA, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, wakil-wakil media dan tetamu-tetamu
jemputan.

Ketibaan
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara YDH SAC
Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA.

Tarian Silat bagi pembuka majlis.

Ucaptama oleh YDH SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA.

Ucapan serta perasmian oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyempurakan
upacara memotong reben perasmian Rumah Kelab Kem Galing.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menandatangani buku pelawat.

YDH
CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri Dan Kenteraman Awam (KDN/KA) menandatangani buku pelawat.

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara meninjau
gambar-gambar yang dipamerkan di ruangan masuk Rumah Kelab Kem Galing.

Ruangan Dewan Rumah Kelab Kem Galing.

Pertunjukan pentas Rumah Kelab Kem Galing.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara mencuba salah satu kelengkapan gymnasium Rumah Kelab Kem Galing.

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memerhatikan
ahli gym Rumah Kelab Kem Galing menggunakan salah satu kelengkapan
gymnasium.
Upacara Penanaman Pokok Oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri




YDH
SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA
menyampaikan cenderamata kepada YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji
Omar, Ketua Polis Negara.

YDH
SAC Dato' Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara PGA
menyampaikan cenderamata kepada YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid,
Pengarah Jabatan KDN/KA.

Bergambar kenangan sebelum majlis bersurai.

YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bertemu media sebelum meninggalkan majlis.
Jurufoto : Konst Raymond
Wartawan : L/Kpl Irfan