Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Man Hunk Turun Dari Arena Pentas Untuk Menjadi Polis

Diterbitkan: 08 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Niat murni ingin berkhidmat dan suka membantu masyarakat yang ditanamnya sejak kecil lagi telah menyebabkan anak muda berusia 24 tahun ini meninggalkan dunia populariti di pentas peragaan (modelling) untuk menjadi seorang Pegawai Kanan Polis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/man-hunk-turun-dari-arena-pentas-untuk-menjadi-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:59 MYT

Niat murni ingin berkhidmat dan suka membantu masyarakat yang ditanamnya sejak kecil lagi telah menyebabkan anak muda berusia 24 tahun ini meninggalkan dunia populariti di pentas peragaan (modelling) untuk menjadi seorang Pegawai Kanan Polis.

Anak jati kota metropolitan Kuala Lumpur, Aaron Ng yang dahulunya merupakan seorang "gym instructor" dan pernah menyandang gelaran The Hottest Hunk 2013/2014 itu nekad melepaskan semua yang pernah dimiliki semata-mata ingin bersaing dengan anak muda lain menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi cita-citanya sejak dibangku sekolah lagi.

Beliau yang ditemui selepas Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor Siri 1/2015 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sempat berkongsi pengalamannya menjadi salah seorang anggota Kadet Polis ketika di peringkat sekolah menengah.

Pegawai tampan yang memegang ijazah dalam jurusan perniagaan dari Universiti Taylor itu pernah menyambung pelajarannya di Australia dan ini memberikan satu kelebihan pada dirinya yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris selain tidak melupakan bahasa ibundanya Mandarin.

Berazam untuk memperbaiki pandangan negatif "orang luar" terhadap negara adalah menjadi keazaman pegawai muda ini ketika mula-mula menyertai pasukan PDRM disamping dapat mencurahkan segala bakti kepada nusa dan bangsa.

Adalah menjadi harapannya agar dapat berkhidmat dengan Cawangan Khas (SB) atau Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) sekiranya terpilih dalam temuduga jabatan-jabatan tersebut yang diadakan beberapa minggu lalu sebelum upacara tamat latihan tersebut. 

Beliau turut menanamkan matlamat untuk memakai pangkat ASP dalam tempoh lima tahun jika diberikan rezeki ketika membantu pasukan membanteras pelbagai jenis jenayah di era teknologi dan globalisasi ini.

Sumber: Kwong Wah Yit Poh

Man Hunk Turun Dari Arena Pentas Untuk Menjadi Polis

ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM