Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebagai tuan rumah majlis makan malam pada malam ini, adalah menjadi harapan kami bahawa pameran ini memberi anda peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan di seluruh rantau serta bertukar-tukar idea m..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-sambutan-perkhidmatan-pertahanan-asia-dsa-2012-ke-13
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:36 MYT
Kuala Lumpur - 17 Mac 2012

Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-13 yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan menjadi satu titik tolak penting wujudnya rangkaian kukuh dalam industri pertahanan, rantau Asia Pasifik amnya.

Sebanyak 850 buah syarikat asing terutamanya Asia Tenggara, Asia Selatan dan Timur Tengah mengambil bahagian pada DSA 2012, pameran pertahanan dan keselamatan kelima terbesar di dunia.

"Sebagai tuan rumah majlis makan malam pada malam ini, adalah menjadi harapan kami bahawa pameran ini memberi anda peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan di seluruh rantau serta bertukar-tukar idea mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang, isu kepolisan, pembenterasan jenayah dan kententeraman awam", YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara berucap di dalam Welcoming Dinner mewakili YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia Ke-13, di Hotel Sheraton Imperial, malam ini.

"Seperti yang kita sedia maklum, kedinamikan dunia pada hari ini membentuk pelbagai jenis jenayah yang mendatangkan ancaman terhadap keselamatan. Oleh itu, ini merupakan masa yang sesuai untuk kita berkongsi pengalaman yang luas dan kolektif dalam isu menjaga kenteraman negara masing-masing", tambah YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis malam ini dihadiri oleh Deputy Inspector General Sanjay Kumar Singh, Timbalan Ketua Polis India, Police Commissioner Mohammad Abul Kashem, Pesuruhjaya Polis Bangladesh, Lieutenant General Keo Vannthan, Pengarah Polis Antarabangsa Cambodia, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, YDH CP Dato' Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism), YDH DCP Dato' Chazali bin Md Amin, Setiausaha Polis (SUPM), Mr. Tanvir Ahmad, Ketua Pengarah Imigresen Pakistan, Pegawai-pegawai Kanan Polis mewakili negara Filipina, Korea, Mesir, Turki, Singapura, Vietnam, Malaysia, dan Wakil-wakil media.

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Ketibaan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara diiringi oleh YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bersama YDH CP Dato' Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Penari daripada Muzium PDRM dengan tema pakaian 1 Malaysia

Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan Polis mewakili negara
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13

Gambar sekitar Bilik Tetamu

Perarakan masuk ke Ballroom Nusantara

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Persembahan tarian daripada Muzium PDRM

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Majlis diserikan dengan persembahan daripada kumpulan Quartet La Fiesta, Polis Diraja Malaysia

Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Ucapan YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara mewakili YDH Ketua Polis Negara

Sekitar penyampaian Cenderahati Kenangan
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13
Malam Sambutan Perkhidmatan Pertahanan Asia Dsa 2012 Ke 13

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & Konst Santher Kumar a/l Sehgar
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM