Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Malam Mes Sempena Persaraan Datuk Seri Ramli Bin Sha Ari

Published: 10 Jun 2014 12.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dengan persaraan YDH Datuk Seri Ramli ini bermakna satu kehilangan yang amat besar, umumnya kepada PDRM dan khususnya Cawangan Khas berdasarkan komitmen amat tinggi serta sumbangan bakti yang begitu b..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-mes-sempena-persaraan-datuk-seri-ramli-bin-sha-ari
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:58 MYT

Seri Kembangan, Petaling Jaya - 13 Ogos 2009. Malam Mes Sempena Persaraan Datuk Seri Ramli bin Sha'ari , Pengarah Cawangan Khas PDRM telah di adakan di Hotel Palace of Golden Horses.

Hadir di Malam Mes ialah YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Suriati binti Md. Sobri, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri serta Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Tetamu yang diraikan, YDH Datuk Seri Ramli bin Sha'ari, Pengarah Cawangan Khas dan Y.Bhg. Datin Seri Siti Salmi binti Jamari.

Dilahirkan pada tanggal 15 Ogos 1951 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, YDH Datuk Seri Ramli bin Sha'ari (G/5410) memulakan kerjaya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai pelatih Inspektor di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu pada 1 Jun 1970. Kerjaya beliau mula berkembang sebaik sahaja ditempatkan di Cawangan Khas Kuala Lumpur sebagai PT.E2C pada 16 November 1970. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas , berpangkat CP mulai 1 januari 2007 sehinggalah ke saat persaraan rasmi beliau mulai 14 Ogos 2009.

Sumbangan YDH Datuk Seri Ramli turut diiktirafkan oleh Kerajaan melalui penganugerahan beberapa darjah dan bintang kebesaran serta pingat kebaktian dari Kerajaan Persekutuan. Anugerah tertinggi Kerajaan Persekutuan  yang diterima adalah darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) pada 7 Jun 2009 yang membawa gelaran 'Datuk'. Terdahulu, beliau dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) pada 1 Februari 2008 yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Sepanjang berkhidmat, Datuk Seri turut dihantar berkursus termasuk di luar negaraa sejak tahun 1971 hingga 2005. Antaranya Senior Interrogation of United Kingdom dan kursus Analytical di Amerika Syarikat. Diperingkat jabatan, beliau pernah menghadiri kursus seperti SB Specialist, Risikan Taktikal serta Analisa Keselamatan di samping beberapa kursus anjuran luar jabatan.

Dengan persaraan YDH Datuk Seri Ramli ini bermakna satu kehilangan yang amat besar, umumnya kepada PDRM dan khususnya Cawangan Khas berdasarkan komitmen amat tinggi serta sumbangan bakti yang begitu besar dalam penugasan perisikan negara.

Malam Mes Sempena Persaraan Datuk Seri Ramli Bin Sha Ari
Panji Utama Polis Diraja Malaysia diarak masuk ke dalam dewan

Malam Mes Sempena Persaraan Datuk Seri Ramli Bin Sha Ari
Semua hadirin dikehendaki berdiri menghadap Panji Utama

Malam Mes Sempena Persaraan Datuk Seri Ramli Bin Sha Ari
dari kiri...YDH Datuk Seri Ramli bin Sha'ari, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad dan Y.Bhg. Datin Seri Siti Salmi bin Jamari

Malam Mes Sempena Persaraan Datuk Seri Ramli Bin Sha Ari
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan menyampaikan cenderahati kepada YDH Datuk Seri Ramli bin Sha'ari

ArticlePublished 10 Jun 2014 12.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM