Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Malam Mes Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja

Published: 09 Jun 2014 8.43 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Majlis diadakan bersempena 50 Tahun Pengurniaan gelaran 'Diraja' kepada PDRM oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-mes-jubli-emas-penganugerahan-gelaran-diraja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:38 MYT

Kuala Lumpur - 21 Oktober 2008. Malam Mes Sempena Sambutan Jubli Emas Penganugerahan Gelaran 'Diraja' kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Majlis diadakan bersempena 50 Tahun Pengurniaan gelaran 'Diraja' kepada PDRM oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhamad pada 24 Julai 1958 lalu.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, telah mencemar duli berangkat ke majlis itu.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan isteri. Hadir sama ialah YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri serta Dif-dif kenamaan.

Menurut YDH Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan Ketua Polis Negara, Malam Mes Jubli Emas Sempena Penganugerahan Gelaran 'Diraja' ini, merupakan satu lagi majlis santapan beradat yang telah diadakan sejak zaman berzaman dan masih konsisten untuk dibudayakan di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

"Rasionalnya majlis ini merupakan satu warisan yang boleh membentuk disiplin, keperibadian dan sikap seseorang pegawai polis dengan budaya kerja berpasukan, di samping dapat memperkukuhkan lagi nilai-nilai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja, kerajaan dan negara", ujar Tan Sri Dato' Seri Musa.

"Sesungguhnya dengan pengurniaan gelaran 'Diraja' itu, telah berjaya membawa pasukan Polis Diraja Malaysia berperanan lebih cemerlang merentasi era globalisasi dan dunia tanpa sempadan", kata Tan Sri Dato' Seri Musa lagi.

Di majlis itu, Tan Sri Dato' Seri Musa turut merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua mencemar duli berangkat ke majlis yang bersejarah itu.

Malam Mes Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja

Antara Dif-dif kenamaan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir.


Malam Mes Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja

Perarakan masuk Panji Utama Polis Diraja Malaysia.


Malam Mes Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja

YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Malam Mes Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja

Persembahan cenderahati oleh  Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.


Malam Mes Jubli Emas Penganugerahan Gelaran Diraja

Sesi Bergambar bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.43 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM