PULAPOL KUALA LUMPUR, 16 November 2011.
Seramai
70 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam telah diraikan dalam
majlis penuh gemilang, 'Malam Jasamu Dikenang' di Dewan Banquet, PULAPOL
Kuala Lumpur pada malam tadi.
Majlis
makan malam sempena persaraan Pegawai Rendah Polis dan Pegawai
Awam peringkat Bukit Aman dianjurkan khusus sebagai tanda penghargaan
dan terima kasih dari seluruh warga PDRM kepada rakan-rakan seperjuangan
yang telah bersara dari pasukan.
"Khidmat
bakti, pengorbanan dan kesetiaan yang telah dicurahkan kepada negara
dan pasukan oleh Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam, tidak ternilai
dan sukar untuk dibalas' ucap YDH Ketua Polis Negara.
"Penganjuran
majlis ini menunjukkan bahawa warga PDRM yang masih berkhidmat dengan
pasukan, tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan anda, yang kini
kembali semula ke pangkuan masyarakat"
"Ingatlah,
persaraan bukanlah bermakna berakhirnya satu kehidupan, tetapi adalah
permulaan ke arah satu kehidupan yang baru", akhiri ucapan oleh YDH
Ketua Polis Negara.
Majlis
'Malam Jasamu Dikenang' turut dihadiri oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah
Suriati binti Haji Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH DIG Dato'
Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin
Sri Imran bin Ibrahim, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Pemangku
Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, YDH
Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan
PDRM.
Tetamu yang hadir pada malam ini telah dihiburkan dengan persembahan dari Quintet Pancaragam PDRM dan Badan Seni Budaya PDRM.
Acara pembukaan majlis.



Ucapan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Ucapan
wakil pesara dan bakal pesara anggota polis dan kakitangan awam
peringkat Bukit Aman oleh Sub. Inspektor Mohd Hidir bin Nayan.
Upacara Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan oleh Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.






YDH
SAC Dato' Zaleha bte Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Pentadbiran) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis menyampaikan
cenderahati kepada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis
Negara.

YDH
Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan
cenderahati kepada YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Katua
Polis Negara.
Majlis beramah mesra...



Jurufoto & Wartawan : Konst Raymond bin Martin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Malam Jasamu Dikenang
Demi memperingati dan meraikan pesara dan bakal pesara anggota dan kakitangan awam, satu majlis peringkat Bukit Aman iaitu Malam Jasamu Dikenang telah diadakan di Dewan Banquet PULAPOL Kuala Lumpur pa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-jasamu-dikenang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.