Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Departing Dignified Kenangan Terindah Persaraan Pengarah Pengurusan Pdrm

Diterbitkan: 24 Nov 2018 8.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Serdang, 25 November 2018 - Sebagai menghargai jasa dan bakti Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Asri Yusoff yang telah bersara wajib, satu Majlis Malam Mes Dining Out penuh adat istiadat kepolisan telah diadakan di Royal Ballroom, Palace Of The Golden Horses Hotel (POGH) dekat sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-departing-dignified-kenangan-terindah-persaraan-pengarah-pengurusan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT

Serdang, 25 November 2018 - Sebagai menghargai jasa dan bakti Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Sri Asri Yusoff yang telah bersara wajib, satu Majlis Malam Mes Dining Out penuh adat istiadat kepolisan telah diadakan di Royal Ballroom, Palace Of The Golden Horses Hotel (POGH) dekat sini, sebentar tadi.

Majlis bertemakan ‘Departing Dignified’ itu amat bertepatan dengan ketokohan beliau yang cemerlang, tegas dalam pentadbiran dan pastinya menjadi teladan sepanjang zaman.

"Semoga PDRM terus kekal relevan sebagai penguatkuasa undang-undang terulung tanah air dan saya akan terus memberikan pandangan serta idea untuk kebaikan pasukan ini," ujar Dato’ Sri Asri dalam ucapan perpisahannya sebentar tadi.

Majlis pada hari ini turut diserikan lagi dengan tayangan montaj Dato’ Sri Asri, persembahan daripada Kombo, Ghazal, Badan Seni Budaya PDRM serta wakil-wakil daripada Jabatan Pengurusan PDRM.

Hadir sama isteri Dato’ Sri Asri, Datin Sri Bedah Dollah, Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, DCP Dato’ Abd Jalil Hassan bersama isteri Profesor Madya Datin Siti Alida John Abdullah merangkap Pemangku Pengurusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato’ Narenasagaran Thangaveloo bersama isteri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), DCP Dato’ Zainal Abu bersama isteri, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Kerjaya) Bahagian Dasar Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, SAC Dato’ Muhammad Zaki Haji Harun bersama isteri serta pegawai-pegawai Kanan PDRM.

0S5A0962
Sesi bergambar kenangan bersama Dato’ Sri Asri Yusoff dan isteri Datin Sri Bedah Dollah.

0S5A0958
Dato’ Sri Asri Yusoff dan isteri Datin Sri Bedah Dollah bergambar kenangan.

0S4A1253
Sekitar ketibaan Dato’ Sri Asri Yusoff dan isteri Datin Sri Bedah Dollah.

0S4A1288
Sekitar ketibaan Dato’ Sri Asri Yusoff dan isteri Datin Sri Bedah Dollah.

0S4A1285
DCP Dato’ Zainal Abu menyampaikan cenderahati kepada Dato’ Sri Asri Yusoff.

ArtikelDiterbitkan 24 Nov 2018 8.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM