Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Buku Pembuktian Dan Pendakwaan Serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia Biologikal Radiologikal Nuklear Dan Letupan

Diterbitkan: 28 Nov 2018 4.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 28 November 2018 – Bagi memastikan penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengikut ‘Rule of Law’ yang konsisten dan seragam, satu Majlis Pelancaran Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan telah diadakan di Maktab PDRM Cheras, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-buku-pembuktian-dan-pendakwaan-serta-buku-panduan-siasatan-jenayah-melibatkan-agen-kimia-biologikal-radiologikal-nuklear-dan-letupan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:40 MYT
Majlis Pelancaran Buku Pembuktian Dan Pendakwaan Serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia Biologikal Radiologikal Nuklear Dan Letupan
Laman Utama / Artikel / Majlis Pelancaran Buku Pembuktian Dan Pendakwaan Serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia Biologikal Radiologikal Nuklear Dan Letupan
Kembali ke Pustaka
Artikel

Majlis Pelancaran Buku Pembuktian Dan Pendakwaan Serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia Biologikal Radiologikal Nuklear Dan Letupan

Kuala Lumpur, 28 November 2018 – Bagi memastikan penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengikut ‘Rule of Law’ yang konsisten dan seragam, satu Majl...

Kuala Lumpur, 28 November 2018 – Bagi memastikan penyiasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengikut ‘Rule of Law’ yang konsisten dan seragam, satu Majlis Pelancaran Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan telah diadakan di Maktab PDRM Cheras, sebentar tadi.

Majlis Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dengan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Buku yang dilancarkan tadi merupakan kesinambungan kepada ‘Handbook’ Penyiasatan Jenayah dan Arahan Penyiasatan Jenayah yang dilancarkan oleh Tan Sri Mohamad Fuzi pada 20 Januari 2018 yang lalu.

Berucap dalam majlis perasmian tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin serta seluruh warga kerja JSJ dan agensi yang terlibat dalam menghasilkan kedua-dua buku panduan yang dilancarkan.

Tambahnya lagi, objektif buku ini diterbitkan adalah sebagai sumber rujukan dan panduan buat para pegawai penyiasat bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti semasa siasatan dilakukan dalam membawa pasukan ke arah ‘world class policing’.

Tan Sri Mohamad Fuzi kemudiannya menyampaikan Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan kepada semua Ketua Polis Negeri, Timbalan Pengarah, Komandan Maktab PDRM, Penolong Pengarah JSJ dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), CP Dato’ Sri Tajudin Md. Isa, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yong Lei Choo, wakil agensi-agensi luar, pegawai kanan, pegawai rendah polis dan rakan-rakan media.

_MG_1522
Sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun di Maktab PDRM Cheras.

_MG_1683
Sekitar gimik Majlis Pelancaran Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan.

_MG_1672
Sekitar gimik Majlis Pelancaran Buku Pembuktian dan Pendakwaan serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan.

ArtikelDiterbitkan 28 Nov 2018 4.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM