Maktab Pdrm Realisasikan Pelan Transformasi P P
Kuala Lumpur, 15 Mei 2017 – Sejajar dengan kehendak dan keperluan semasa, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur telah mewujudkan Pelan Strategi Inovatif Transformasi Sistem Dan Budaya Pengajaran & Pembelajaran Bagi Tempoh 2016 sehingga 2020 atau singkatannya: Pelan Transformasi P&P, hari ini.
PDRM tidak hanya memberikan perkhidmatan sebaliknya perlu menjana pendapatan untuk meneruskan survival seperti mana sektor-sektor awam lain yang telah melaksanakan strategi ini.
Mengambil kira soal tersebut, Maktab PDRM Kuala Lumpur bercadang untuk melebarkan peranannya dengan membangunkan sendiri kursus-kursus keselamatan dan kepolisan mengikut acuan PDRM di mana kurikulum sedia ada akan dikaji semula serta dibangunkan menjadi program-program pengajian yang mempunyai nilai komersil yang boleh membawa pulangan kepada pasukan.
Pengarah Pengurusan, Dato' Sri Zulkifli Abdullah dalam ucapannya sebentar tadi berkata, sebagai sebuah institusi pengajian, Maktab PDRM wajar menerajui transformasi ini untuk membudayakan pemikiran yang kreatif dan analitikal memandangkan banyak proses kerja pasukan yang perlu diberi nafas baharu bagi menghasilkan output berimpak tinggi dan pada masa yang sama menjimatkan sumber-sumber pasukan.
“Paduan inovasi dan kompetensi yang diadun dalam pelan ini Insyaallah dapat melonjakkan prestasi modal insan pasukan khususnya di kalangan pegawai kanan,” ujarnya.
Berucap sempena majlis pelancarannya hari ini, beliau turut menzahirkan keyakinan dengan pelan yang dibangunkan sekaligus membawa Maktab PDRM Kuala Lumpur ke satu tahap yang lebih tinggi melalui pelaksanaan kursus-kursus di peringkat diploma dan ijazah.
Dalam pada itu, majlis pada hari ini juga diadakan bagi merasmikan Galeri dan Gimnasium Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Kewujudan galeri ini adalah sebagai tempat rujukan bagi program transformasi selain memaparkan informasi tentang maktab dan akan ditambah nilai dengan paparan kisah-kisah pengalaman tugasan yang menjadi tanda aras dalam sejarah PDRM.
Gimnasium ini pula diwujudkan bagi menyokong program ‘Trim And Fit’ PDRM sebagai usaha berterusan pasukan menyedia dan mengekalkan pegawai-pegawai PDRM yang sihat dan berketrampilan demi kebaikan pasukan.
Ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah...
Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bersama Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Shamsiah Mohd Shariff..
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah...
Pentas utama, dari kiri; Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Shamsiah Mohd Shariff, Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), DCP Dato' Narenasagaran A/L Thangaveloo..
Antara yang hadir...
Ucapan aluan daripada Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Shamsiah Mohd Shariff..
Ucapan perasmian daripada Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah..
Sesi penyampaian sijil..
Sesi penyampaian sijil..
Gimik pelancaran Majlis Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri ZulkifPelan Strategi Inovatif Transformasi Sistem Dan Budaya Pengajaran & Pembelajaran Bagi Tempoh 2016 sehingga 2020 atau singkatannya: Pelan Transformasi P&P, hari ini.
Sesi bergambar kenangan..
Sesi bergambar kenangan..
Sekitar upacara perasmian Galeri Maktab PDRM Kuala Lumpur..
Sekitar upacara perasmian Galeri Maktab PDRM Kuala Lumpur..
Sekitar upacara perasmian Galeri Maktab PDRM Kuala Lumpur..
Sekitar pelancaran Gimnasium Maktab PDRM Kuala Lumpur..
.Sekitar pelancaran Gimnasium Maktab PDRM Kuala Lumpur..
Sekitar pelancaran Gimnasium Maktab PDRM Kuala Lumpur..
Sekitar pelancaran Gimnasium Maktab PDRM Kuala Lumpur..