Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Makmal Dadah Mini Dibongkar Di Pulau Pinang

Published: 13 Jan 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Misteri sebuah rumah lama di Kampung Permatang Damar Laut di sini yang bercahaya pada waktu malam akhirnya terjawab apabila serbuan polis mendapati ia adalah makmal mini memproses dadah jenis heroin dan daun ketum.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makmal-dadah-mini-dibongkar-di-pulau-pinang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:03 MYT

Misteri sebuah rumah lama di Kampung Permatang Damar Laut di sini yang bercahaya pada waktu malam akhirnya terjawab apabila serbuan polis mendapati ia adalah makmal mini memproses dadah jenis heroin dan daun ketum. 

Dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya kira-kira pukul l petang pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai pengedar heroin berjaya ditahan.

Selain itu, turut ditahan di sebuah bilik lain ialah tiga lelaki yang sedang menyediakan air ketum bercampur bahan kimia. 

Pemeriksaan lanjut polis menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar berisi dadah heroin seberat 638.4 gram yang dianggarkan bernilai RM30,000 serta merampas gunting dan plastik kosong yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah berkenaan sebelum dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

Turut ditahan bersama mereka adalah 900 bungkusan cecair Mitragynine yang disyaki akan dicam-pur bersama daun ketum. 

Polis turut merampas empat bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun ketum, tiga Periuk besar, tong gas dan penapis dengan nilai keseluruhan kira- kira RM7,000.

Sumber: Utusan Malaysia

Makmal Dadah Mini Dibongkar Di Pulau Pinang

ArticlePublished 13 Jan 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM