Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Maklumat Awal Fb Pdrm Berjaya Selamatkan 15 Gadis Daripada M

Published: 17 Jun 2014 7.59 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kuala Lumpur, 22 Julai – Tindakan pantas polis daripada maklumat awal yang diterima melalui Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 15 gadis Asia Selatan dalam satu serbuan k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/maklumat-awal-fb-pdrm-berjaya-selamatkan-15-gadis-daripada-m
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:57 MYT

Kuala Lumpur, 22 Julai – Tindakan pantas polis daripada maklumat awal yang diterima melalui Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 15 gadis Asia Selatan dalam satu serbuan kes pemerdagangan manusia di Jalan Inai, semalam.

Ahli keluarga daripada salah seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket tersebut telah menghantar pesanan peribadi kepada Facebook Rasmi PDRM pada 18 Julai lalu bagi meminta pertolongan polis Malaysia supaya mengesan gadis berkenaan selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan dia (gadis berkenaan) telah ditipu dan dipaksa meminum minuman keras dan dijadikan sebagai hamba seks.

Berdasarkan kepada maklumat tersebut, pihak polis segera menjalankan siasatan dan membuat serbuan di sebuah kelab eksklusif yang terletak di Jalan Inai, Kuala Lumpur dan berjaya menemui gadis yang dimaksudkan bersama mangsa-mangsa lain yang berasal dari Nepal, Bangladesh, Pakistan dan India.

Kejayaan kes tersebut berjaya membuktikan bahawa penggunaan media sosial oleh PDRM sebagai langkah yang proaktif dan berkesan dalam membantu orang awam membanteras dan menangani jenayah di Malaysia.

Maklumat Awal Fb Pdrm Berjaya Selamatkan 15 Gadis Daripada M

Gambar: Akhbar The Star

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.59 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM