Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Maki Polis Penganggur Didenda Rm100

Published: 13 Jan 2017 11.51 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 3 Januari 2017 - Balasan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki seorang anggota polis yang menjalankan tugas, seorang lelaki didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/maki-polis-penganggur-didenda-rm100
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:03 MYT

Kuala Lumpur, 3 Januari 2017 - Balasan mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki seorang anggota polis yang menjalankan tugas, seorang lelaki didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Nur A'Minahtul Mardiah Md Nor turut memerintahkan S.Pativen, 22, menjalani hukuman penjara 10 hari sekiranya gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

Lelaki itu mengaku berkelakuan kurang sopan, mengugut, mengaibkan atau menghina bertujuan membangkitkan kemarahan dengan mengeluarkan perkataan untuk mengganggu ketenteraman awam terhadap Koperal Mohamad Azam Mid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Yaakob Latif, di Cheras, di sini, kira-kira 1.15 tengah hari, 9 Jan lalu mengikut Seksyen 14 Akta KesalahanKecil 1955, dan boleh dituduh di bawah Seksyen 14 Akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman minimum, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran.- BERNAMA

ArticlePublished 13 Jan 2017 11.51 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM