Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Makan Angin Sambil Lalok Ganja

Diterbitkan: 30 May 2018 1.39 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Makan angin sambil lalok. Itu aktiviti dua lelaki warga Mesir berusia 28 dan 44 tahun yang ditahan polis di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/makan-angin-sambil-lalok-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:32 MYT

Makan angin sambil lalok. Itu aktiviti dua lelaki warga Mesir berusia 28 dan 44 tahun yang ditahan polis di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Dalam pemeriksaan jam 6 pagi itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju menemui bahan terlarang berkenaan di lantai bahagian tempat duduk pemandu Perodua Alza yang dinaiki mereka.

Ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati seorang daripada mereka positif ganja. Kedua-dua suspek ditahan bersama ketulan daun kering disyaki ganja seberat 207.07 gram.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 30 May 2018 1.39 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM