Majlis Tukar Ganti Pasukan Formed Police Unit Fpu Pdrm Ke Timor Leste
Subang - 07 Oktober 2008. Majlis Meraikan Tukar Ganti Pasukan Formed Police Unit (FPU) PDRM ke Timor Leste di bawah Misi Pengaman PBB telah disempurnakan oleh YDH DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Majlis telah di adakan di Balai Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM Subang, Selangor.
Hadir sama dimajlis tersebut ialah, YDH DCP Dato' Zulhasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Y.Bhg. Briged General Azizool Arif bin Abdul Ghani, Pegawai Pemerintah Pangkalan Udara TUDM Subang, YDH P/DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussein, Timbalan Pengarah I KDN/KA (Operasi), YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah, Tim Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH Timbalan-Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota yang akan menyertai misi pengaman PBB ke Timor Leste dan ahli keluarga.
Republik Timor Leste adalah bekas jajahan Portugis selama 463 tahun ( 1512 - 1975 ) dan Indonesia selama 25 tahun
( 1975 - 1999 ), mempunyai penduduk seramai 1,084,971 orang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia untuk Misi Pengaman PBB ke Timor Leste atau lebih dikenali sebagai United Nations Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) yang melibatkan seramai 140 orang pegawai dan anggota dan Pasukan Formed Police Unit (FPU) dari Briged Utara PGA dan 28 orang pegawai dan anggota yang bertugas sebagai United Nations Police (UNPOL) di bawah misi yang sama.
Pasukan Formed Police Unit (FPU) dari Briged Utara PGA akan mengambil alih tugas pasukan yang sedia ada di Timor Leste, menggantikan Pasukan Formed Police Unit (FPU) dari Briged Sabah PGA yang akan menamatkan misi selama enam bulan pada 7 Oktober 2008.
Penghantaran rombongan pasukan dari Briged Utara PGA akan dilaksanakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama seramai 75 orang pegawai dan anggota akan berlepas pada pagi 7 oktober 2008 dan baki seramai 65 orang lagi pegawai dan anggota akan berlepas pada 9 Oktober 2008.
Pasukan FPU dari Briged Utara PGA ini akan diketuai oleh DSP Husin Patimi bin Mohamed, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 18, Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu, Perak, selaku Ketua Kontinjen. Dalam rombongan kali ini juga, seorang pegawai perubatan bersama tiga anggota paramedik dari Angkatan Tentera Malaysia akan turut serta dalam kumpulan tersebut. Pasukan United Nation Police (UNPOL) yang terdiri daripada 28 orang pegawai dan anggota pula diketuai oleh Supt. Abd Halim bin Bulat. YDH ACP Ramli bin Din, Timbalan Komander Briged Utara PGA dan rombongan seramai 12 orang akan menyelaras pentadbiran dan pergerakan rombongan dari TUDM Subang ke Timor Leste.
Pasukan
Formed Police Unit (FPU) adalah sebagai pasukan pengaman yang akan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang telah digariskan
oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terikat dengan segala peraturan
dan undang-undang di bawah bendera PBB dan Negara Timor Leste. Pasukan
ini akan ditempatkan di Markas Taktikal MAL – FPU UNMIT yang terletak di
kawasan Instituto National da Administracao Publica (INAP) di Comoro,
Dili, Timor Leste.
"Sentiasa
mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang baik dengan pasukan-pasukan
sahabat termasuk pasukan keselamatan tentera Timor Leste, Ingatlah
bahawa tugas utama kita ialah untuk membantu kerajaan Timor Leste bagi
meredakan ketegangan dalaman yang berlaku dinegara mereka ketika ini "
amanat oleh YDH DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis
Negara.

Kiri...DSP
Husin Patimi bin Mohamed, Ketua Kontinjen FPU sedang memeriksa
peralatan yang perlu dibawa ke Timor Leste di Balai Pergerakan Udara,
Pangkalan Udara TUDM Subang, Selangor.

Amanat oleh YDH DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Anggota dari Briged Utara PGA mendengar amanat dari YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Bapa memujuk anaknya sebelum berlepas dengan pesawat MAS.

Supt.
Abd Halim bin Bulat yang bertugas dengan Pasukan United Nation Police
(UNPOL) di Timor Leste bersalaman dengan YDH Timbalan Ketua Polis
Negara.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan rombongan mengucapkan selamat jalan kepada semua yang akan bertugas di Timor Leste.

YDH
CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail bersalaman dengan para pegawai dan
anggota dari Briged Utara PGA sebelum berangkat ke Timor Leste pada 9
Oktober 2008 di Pangkalan Udara TUDM Subang.