Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Bukit Aman Tahun 1431h 2010m
Bukit Aman - 13 Julai 2010.
Bertemakan 'Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah', Majlis Tilawah Al-Quran
Peringkat Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit
Aman pada pagi ini, 1 Syaaban 1431 Hijrah bersamaan 13 Julai 2010.
Majlis
Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah disempurnakan
oleh YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik dan Y.Bhg Datin Sharifah Aini binti Syed Bab,
yang mewakili YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis
Negara.
Hadir
sama di majlis tersebut ialah YDH CP Dato' Haji Mohamad Fuzi bin Harun,
Pengarah Pasukan Petugas Khas, YDH DCP Dato' Nooryah binti Md Anvar,
Timbalan Pengarah 1 JSJ Komersil, YDH SAC Dato' Hj. Zamri bin Yahya,
Pengerusi Masjid Bukit Aman, Superintendan Haji Ghazali bin Daud,
Pengerusi Jemaah Hakim, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan,
anggota serta kakitangan awam Bukit Aman.
Majlis
Tilawah Al-Quran yang diadakan pada pagi ini bukan sahaja bertujuan
untuk mencari seorang wakil qari dan qariah untuk mewakili Bukit Aman ke
majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM tetapi juga adalah berhasrat
untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan peserta dan juga
dapat memberi manfaat kepada hadirin yang hadir supaya dapat menghayati
kandungan ayat-ayat suci tersebut.
Sesungguhnya
Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang sewajarnya mesti dimartabatkan
oleh setiap umat Islam. Membaca Al-Quran merupakan semulia-mulia ibadah
sebagaimana dinyatakan oleh hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan
oleh Abu Na'im yang bermaksud "Amal Ibadah Yang Paling Afdal Ialah
Membaca Al-Quran".
"Sesiapa
Yang Membaca Satu Huruf Dari Kitab ALLAH, ALLAH Akan Menulis Baginya
Satu Hasanah (Kebaikan), Satu Hasanah Itu Pula Akan Digandakan Sepuluh
Kali Ganda Sepertinya" (Riwayat Al-Bukhari dari Ibnu Mas'ud).
"Kitab
suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengandungi sebahagian
besarnya ayat-ayat Munakahat dan yang lainnya adalah ayat-ayat
Mutasyabihat. Ayat Munakahat merupakan pokok isi Al-Quran. Bentuk
ayatnya tetap, tegas, nyata maknanya dan jelas maksudnya. Sebagai hamba
Allah S.W.T, kita patut beriman bahawa semua itu datang dari Allah S.W.T
dan mengambil pengajaran dari Al-Quran sebagai pedoman hidup seorang
mukmin" (Surah Al-Imran ayat 1, Juzuk 3)
Seramai
5 orang qari dan 5 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka
pada pagi ini. Keputusan telah diumumkan oleh Superintendan Haji Ghazali
bin Daud, Pengerusi Jemaah Hakim.
| Johan Qari | Encik Mohd Izani bin Ibrahim | Markah 73% |
| Naib Johan | SI Hj. Mohd Tahir bin Malik | Markah 70% |
| Ketiga | Encik Issyam Hadey bin Ishak | Markah 69% |
| Johan Qariah | Puan Roosni binti Harudin | Markah 64% |
| Naib Johan | Hjh Sumiah binti Hj. Mistan | Markah 63% |
| Ketiga | SM Sa'adiah binti Hj. Md Dewi | Markah 59% |

Bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Amirul bin Khalid, Johan Qari Kategori Kanak-Kanak, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Ucapan Perasmian oleh Pengarah JSJ Narkotik yang mewakili Ketua Polis Negara

Y.Bhg Datin Sharifah Aini binti Syed Bab bersama tetamu muslimah yang hadir..

Antara yang hadir di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman

Persembahan Khas Penceritaan oleh adik Mohd Azri bin Abdul wahid, Johan Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak Peringkat KAFA Wilayah Persekutuan

Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Soutul BAKA

Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Bukit Aman, Encik Mohd Izani bin Ibrahim dari Unit Udara PDRM.

Naib Johan Qari...SI Haji Mohd Tahir bin Malik dari Jabatan Pengurusan

Johan Qariah memperdengarkan bacaan kepada hadirin yang hadir

Penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Jemaah Hakim

Naib Johan Qariah, Hajjah Sumiah binti Haji Mistan

YDH SAC Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman menyampaikan cenderahati kepada YDH CP Dato' Haji Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik