Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis Ipta 2007

Published: 09 Jun 2014 1.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Kota Kinabalu - 16 Jun 2007. Majlis Tamat Latihan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) IPTA 2007 telah berlangsung di Dataran Kawat, Universiti Malaysia Sabah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tamat-latihan-pegawai-kor-suksis-ipta-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:09 MYT

Kota Kinabalu - 16 Jun 2007. Majlis Tamat Latihan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) IPTA 2007 telah berlangsung di Dataran Kawat, Universiti Malaysia Sabah.

Upacara yang berlangsung ini adalah merupakan satu detik bersejarah kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana buat julung-julung kalinya lima buah IPTA iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah menjalinkan satu kerjasama dengan mengadakan satu majlis tamat latihan bersama bagi para pegawai Kor SUKSIS mereka.

Seramai 272 pelatih terdiri dari 142 pelatih lelaki dan 130 pelatih perempuan telah menamatkan latihan satelah tiga tahun menjalani latihan di Universiti masing-masing dibawah bimbingan pegawai dan jurulatih Kor SUKSIS.

YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz,Timbalan Ketua Polis Negara telah hadir dimajlis bersejarah itu. Hadir sama ialah Y.Bhg. ACP/KS Professor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Censelor UMS merangkap Komandan Kor SUKSIS Universiti Malaysia Sabah, YDH DCP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) dan juga Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, YDH SAC I Noor Rashid Ibrahim, Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan-timbalan Naib Censelor UMS, Komandan-komandan Kor SUKSIS IPTA, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai-pegawai Kehormat Kor SUKSIS dan jemputan.

Majlis Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis Ipta 2007
YDH Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan diiringi Y.Bhg. ACP/KS Professor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Censelor UMS merangkap Komandan Kor SUKSIS UMS, membuat Pemeriksaan Baris di Majlis Tamat Latihan Pegawai Kor SUKSIS IPTA 2007 di Dataran Kawat UMS.

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM