Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Bersama Ketua Polis Negara

Published: 15 Sep 2017 2.46 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 15 September 2017 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersama Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara di Masjid Bukit Aman petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-tahlil-dan-doa-selamat-bersama-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:49 MYT

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT BERSAMA KETUA POLIS NEGARA

Kuala Lumpur, 15 September 2017 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersama Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara di Masjid Bukit Aman petang tadi.

Bacaan tahlil dan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fahruradzi Sahibul Ghani itu bertujuan mendoakan kesejahteraan perwira-perwira Polis Diraja Malaysia(PDRM) yang telah gugur demi mempertahankan keamanan negara.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Sri Haji Alwi Haji Ibrahim dan isteri, Datin Sri Roba’Aisyah Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Azizah Hamdi, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Sri Shariza Saad @ Mansor, Pengarah-pengarah PDRM, Pesuruhjaya-pesuruhjaya, Ketua-ketua Polis Negeri, Timbalan-timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

1
Sesi memotong pulut kuning.

2
Sekitar tahlil dan doa selamat berlangsung

3
Sekitar tahlil dan doa selamat berlangsung
5
Sekitar tahlil dan doa selamat berlangsung.

ArticlePublished 15 Sep 2017 2.46 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM