Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara

Published: 16 Dec 2014 3.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau berucap sempena Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur di antara beliau dan Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-timbalan-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:50 MYT

Oleh : L/Kpl Iqbal Nasruddin
Foto : L/Kpl Iqbal nasruddin
Penyunting : L/Kpl Irfan Bujang

Kuala Lumpur, 15 Dis – “Saya berjanji bahawa saya akan melaksanakan peranan, tugas dan kepercayaan kerajaan dan pasukan kepada saya ini dengan sebaik mungkin kerana saya menyedari bahawa tugas baru yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini adalah merupakan satu jawatan yang amat berat dan memerlukan penumpuan serta komitmen yang sepenuhnya,” tegas Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, semalam.

Beliau berucap sempena Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur di antara beliau dan Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun.

Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar.

Selain itu, turut dijalankan penyerahan tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang disandang beliau sebelum ini kepada Timbalan Pengarah (Risikan / Operasi) JSJN YDH Dato’ Haris Wong Abdullah untuk menerajui jabatan tersebut.

Dalam majlis yang sama upacara serah terima tugas jawatan pengerusi PERKEP JSJN turut diadakan di antara Y.Bhg Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor dan Y.Bhg Datin Noor Arfah Abdul Rahman yang telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur di antara YDH Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun

Penyerahan tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kepada Timbalan Pengarah (Risikan / Operasi) JSJN YDH Dato’ Haris Wong Abdullah untuk menerajui JSJN

Upacara serah terima tugas jawatan pengerusi PERKEP JSJN turut diadakan di antara Y.Bhg Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor dan Y.Bhg Datin Noor Arfah Abdul Rahman yang telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim

ArticlePublished 16 Dec 2014 3.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM