Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan Pdrm

Published: 09 Jun 2014 1.54 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan PDRM telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-pengarah-pengurusan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:08 MYT

Bukit Aman - 25 Jun 2007. Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan PDRM & Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusantelah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara telah hadir di majlis tersebut. Hadir sama, Pengarah-pengarah PDRM,Timbalan-timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawaiKanan PDRM.

YDH DCP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap pemangku Pengarah Pengurusan dan Y.Bhg Datin A'Ain Zubaidah Haji Bahari akan menyerahkan tugas Jawatan Pengarah Pengurusan dan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan kepadaYDH DCP Dato' Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Selangor dan YDH CP Dato' Ismail bin Hj. Omar dan Y.Bhg Datin Suriati Md. Sobri. YDH DCP Dato' Ismail Haji Omarakan menjawat jawatan Pengarah Pengurusan PDRM dengan memangku pangkat Commissioner of Police (CP).

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan Pdrm
kanan...YDH DCP Dato' Abdul Razak Hj. Bokhari, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) menyerahkan 'Tongkat Kuasa' kepada YDH P/CP Dato' Ismail Haji Omarsambil disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara.


Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan Pdrm
kanan...Y.Bhg Datin A'Ain Zubaidah Haji Bahari menyerahkan dokumen Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan kepada Y.Bhg Datin Suriati Md. Sobri

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.54 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM