Article
Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jips
Bukit Aman, 8 Mei – Majlis serah tugas Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) antara CP Dato’ Zubaidah Md Ismail kepada pemangku jabatan itu...
Bukit Aman, 8 Mei – Majlis serah tugas Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) antara CP Dato’ Zubaidah Md Ismail kepada pemangku jabatan itu yang baru iaitu DCP Dato‘ Abdul Ghafar Rajab berlangsung di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman,pagi ini.
CP Dato’ Zubaidah mencatat sejarah sebagai pengarah pertama sebuah jabatan baru yang telah ditubuhkan pada 24 Julai tahun lepas.
Majlis yang penuh bersejarah buat seluruh warga JIPS khasnya dan PDRM amnya itu turut diserikan lagi dengan kehadiran pucuk pimpinan PDRM sendiri iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) di antara CP Dato’ Zubaidah Md Ismail dan Datin Noor Fajariah Abdul Rahman disaksikan oleh Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim.
Tan Sri Khalid dalam ucapannya melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CP Dato' Zubaidah yang telah berjaya merancang dan merangka strategi serta hala tuju JIPS yang jelas bagi memantapkan lagi integriti dan imej PDRM di mata masyarakat.
“Sebagai seorang pegawai kanan polis wanita yang dihormati, beliau telah menunjukkan hasil kerja dan komitmen yang tinggi melalui perancangan dan strategi yang diolah sendiri bersama pasukannya demi memastikan PDRM berjaya mencapai satu standard yang tinggi pada hari ini," ujarnya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Jabatan KDN/KA, Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Dato’ Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Tan Sri Khalid Abu Bakar menjadi saksi serah terima tugas Pengarah JIPS.

Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim menjadi saksi serah terima tugas Pengerusi PERKEP JIPS.

Gambar kenangan.