Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Komander Pgu Dan Utk Pdrm

Diterbitkan: 17 Jun 2015 2.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim dalam ucapannya turut melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai yang bertukar dan beliau turut memberikan harapan baru agar para pegawai baru yang dilantik dapat memberikan suntikan baru kepada Jabatan KDN/KA.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-komander-pgu-dan-utk-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:51 MYT

Oleh :  Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : Insp Abd Rahim Othman Siru


Bukit Aman, 17 Jun – Bertempat di Dewan Theatrette, Bukit Aman, semalam telah
Bukit Aman, 17 Jun – Bertempat di Dewan Theatrette, Bukit Aman, semalam telah berlangsungnya majlis serah terima tugas bagi jawatan Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Komander Unit Tindakan Khas (UTK) serta Pengerusi PERKEP PGU dan Pengerusi PERKEP UTK.

Majlis dimulai dengan upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Komander PGU di antara SAC Dato’ Kamarulzaman Md. Jan dengan SAC S. Sathiya Seelan serta Komander UTK di antara ACP Tan Loo Kim dengan SAC Hazani Ghazali yang disaksikan sendiri oleh Pengarah Jabatan KDN/KA, Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim.

Majlis yang kemudiannya diteruskan dengan upacara serah terima tugas Pengerusi PERKEP PGU diantara Datin Aini Ramli dengan Puan Pauline Arthur Mading serta Pengerusi PERKEP UTK di antara Puan Jessica Jentia Anak Bakit dengan Puan Fadziah Abdul Hamid yang turut disaksikan sendiri oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, Datin Normah Mohammad Shah.

Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim dalam ucapannya turut melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai yang bertukar dan beliau turut memberikan harapan baru agar para pegawai baru yang dilantik dapat memberikan suntikan baru kepada Jabatan KDN/KA.

"Komander-komander yang dilantik ini telah diberi kepercayaan penuh bagi menjalankan tugas dan kewajipan dengan lancar kerana PGU dan UTK ini merupakan satu elemen yang amat penting khususnya dalam menghadapi ancaman ketenteraman awam di negara ini," katanya.

Turut Hadir Timbalan Pengarah (Operasi) KDN/KA, Datuk Ab. Razak Ab. Ghani, Penolong-penolong Pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta ahli-ahli PERKEP Jabatan KDN/KA.

Majlis Serah Terima Tugas Komander Pgu Dan Utk Pdrm
Serah terima tugas Jawatan Komander Unit Tindakan Khas di antara ACP Tan Lu Kim dengan SAC Hazani Ghazali sambil disaksikan oleh Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim Pengarah Jabatan KDN/KA.


Majlis Serah Terima Tugas Komander Pgu Dan Utk Pdrm
Serah terima tugas Jawatan Komander Pasukan Gerakan Udara di antara Dato' Kamarulzaman Md. Jan dengan SAC S. Sathiya Seelan sambil disaksikan oleh Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim Pengarah Jabatan KDN/KA.

Majlis Serah Terima Tugas Komander Pgu Dan Utk Pdrm
Pertukaran dokumen Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Udara di antara Datin Aini Ramli dengan Puan Pauline Arthur Mading sambil disaksikan oleh Datin Normah Mohamad Shah, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA.

Majlis Serah Terima Tugas Komander Pgu Dan Utk Pdrm
Pertukaran dokumen Pengerusi PERKEP Unit Tindakan Khas di antara Puan Jessica Jentia Anak Bakit dengan Puan Fadziah Abdul Hamid sambil disaksikan oleh Datin Normah Mohamad Shah, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA

Majlis Serah Terima Tugas Komander Pgu Dan Utk Pdrm
Antara tetamu yang hadir dalam Majlis Serah Menyerah Jawatan Komander Pasukan Gerakan Udara, Komander Unit Tindakan Khas dan Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Udara, Pengerusi PERKEP Unit Tindak Khas

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2015 2.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM