Majlis Serah Terima Tugas Ketua Trafik Pasukan
Kuala Lumpur, 5 Okt - Majlis serah terima tugas antara mantan Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Hj. Mohd Fuad Abdul Latiff, kini merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan SAC Mahamad Akhir Darus telah diadakan di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
SAC Mahamad Akhir Darus terima tugas sebagai Ketua Trafik Pasukan PDRM yang baru manakala ACP Ruslan Khalid secara rasminya menjawat jawatan Timbalan Ketua Trafik Pasukan PDRM.
Majlis tersebut telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hj Muhammad Fuad Abu Zarim dan Isteri Datin Hajjah Normah Mohd Shah.
Selain itu, Datin Hajjah Norsiah Musa telah menyerahkan jawatan pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Cawangan Trafik kepada Puan Sharifah Zanariah Mahamood.
Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) DCP Dato’ Azman Yusof, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGK), DCP Dato’ Azizan Abdul Aziz, Pegawai-pegawai Kanan dan warga Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Serah terima tugas.
Menandatangani dokumen Serah terima tugas.
DCP Dato’ Hj. Mohd Fuad Abdul Latiff memberi ucapan
Ketua Trafik Pasukan SAC Mahamad Akhir Darus
Ucapan oleh CP Dato’ Hj Muhammad Fuad Abu Zarim