Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm
oleh:Konst Daud & Konst Rafsamjani
Kuala Lumpur, 11 Jun - Bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Pengurusan Bukit Aman hari ini telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara SAC Hashim bin Ali dan SAC Zakaria bin Pagan.
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun yang menyaksikan upacara tersebut telah menyampaikan ucapan penghargaannya kepada Tuan Hashim bin Ali yang disifatkannya sebagai seorang pegawai yang cukup berdedikasi dan berdisiplin dalam menjalankan amanah dan kewajipan sepanjang memegang jawatan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kesinambungan tugas yang cemerlang dalam menjaga dan menguruskan hal ehwal kebajikan pesara dan bakal pesara polis dapat diteruskan oleh Tuan Zakaria Bin Pagan yang secara rasminya mengambil alih jawatan tersebut.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) PDRM, DCP Dato’ Asri bin Yusoff, pegawai-pegawai kanan dan anggota daripada Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman.
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara SAC Hashim bin Ali dan SAC Zakaria bin Pagan.
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas..
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas..
Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun menjadi saksi upacara serah terima tugas pada hari ini..
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM..