Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm

Published: 11 Jun 2015 7.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara SAC Hashim bin Ali dan SAC Zakaria bin Pagan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-ketua-penolong-pengarah-hal-ehwal-pesara-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT

oleh:Konst Daud & Konst Rafsamjani

Kuala Lumpur, 11 Jun
- Bertempat di bilik mesyuarat Jabatan Pengurusan Bukit Aman hari ini telah berlangsungnya Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara SAC Hashim bin Ali dan SAC Zakaria bin Pagan.

Pengarah Pengurusan, CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun yang menyaksikan upacara tersebut telah menyampaikan ucapan penghargaannya kepada Tuan Hashim bin Ali yang disifatkannya sebagai seorang pegawai yang cukup berdedikasi dan berdisiplin dalam menjalankan amanah dan kewajipan sepanjang memegang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kesinambungan tugas yang cemerlang dalam menjaga dan menguruskan hal ehwal kebajikan pesara dan bakal pesara polis dapat diteruskan oleh Tuan Zakaria Bin Pagan yang secara rasminya mengambil alih jawatan tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) PDRM, DCP Dato’ Asri bin Yusoff, pegawai-pegawai kanan dan anggota daripada Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pengarah (Hal Ehwal Pesara) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di antara SAC Hashim bin Ali dan SAC Zakaria bin Pagan.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm
 Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas..
 
 
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm
Sesi menandatangani dokumen serah terima tugas..

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm
Pengarah Jabatan Pengurusan, CP Dato' Seri Mohamad Fuzi Bin Harun menjadi saksi upacara serah terima tugas pada hari ini..

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Pdrm
Ucapan daripada Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM..

ArticlePublished 11 Jun 2015 7.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM