Article
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara 20140610
Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara serta Naib Pengerusi PERKEP Malaysia telah berlangsung di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman...
Bukit
Aman - 13 September 2010. Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan
Ketua Polis Negara serta Naib Pengerusi PERKEP Malaysia telah
berlangsung di Mess Pegawai Kanan, Bukit Aman pada pagi ini.
Hadir di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara ialah Yang Mulia Dato' Raja Azhar bin Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri.
Hadir sama, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara yang baru bersama Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, YDH Dato' Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota serta ahli-ahli PERKEP.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh YDH Supt Hj. Ghazali bin Hj. Daud, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman.
Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara. Upacara disempurnakan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, disaksikan oleh Yang Mulia Dato' Raja Azhar bin Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Kementerian Dalam Negeri. Selanjutnya YDH Ketua Polis Negara secara rasminya menyerahkan dokumen Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.
Majlis diteruskan pula dengan upacara menandatangani dokumen Serah/Terima Tugas Jawatan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia di antara Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri dengan Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim disaksikan oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.
Majlis pagi ini mempersilakan YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyampaikan ucapan. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara berjanji akan bekerja berlandaskan bidangkuasa yang ditentukan oleh undang-undang dan menentukan PDRM akan terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.
Kemuncak acara majlis adalah sesi bergambar tanda kenang-kenangan sempena peristiwa penting yang akan dicatatkan dalam lipatan sejarah PDRM.

YDH CP Dato' Koh Hong Sun bersama Yang Mulia Dato' Raja Azhar bin Raja Abdul Manap.

Yang Mulia Dato' Raja Azhar bin Raja Abdul Manap bersama YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail.

YDH Dato' Seri,Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia yang turut hadir.

Upacara tandatangan dokumen Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara secara rasminya menyerahkan Timdokumen Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail

Upacara menandatangani dokumen Serah dan Terima Tugas Jawatan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.

Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim, Timbalan Pengerusi PERKEP Malaysia yang baru.

YDH Ketua Polis Negara bergambar bersama Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri, Komander-komander dan Komandan Maktab/PULAPOL PDRM sebagai tanda kenang-kenangan..