Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Menyerah Tugas Timbalan Komander Marin

Diterbitkan: 11 May 2016 6.05 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.29 PM
Bukit Aman, 11 Mei – Satu Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan SAC Kepolisan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pasukan Polis Marin, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-menyerah-tugas-timbalan-komander-marin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:20 MYT

Oleh : Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : Kpl Edwind Indo


Bukit Aman, 11 Mei –  Satu Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan SAC Kepolisan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pasukan Polis Marin, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi.

Majlis Serah Terima Tugas tersebut menyaksikan SAC Dato’ Kamarulzaman Md Jan telah menyerahkan jawatan kepada SAC Adzaman Mohd Jan sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah KDN/KA (Kepolisan AM), Dato’ Amer Haji Awal.

Dato’ Amer dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada SAC Dato’ Kamarulzaman Md. Jan yang akan bersara wajib sementara beliau telah memberikan kepercayaan kepada SAC Adzaman Mohd Jan sebagai peneraju baharu dalam jabatan itu.

“Komander yang dilantik ini telah diberi kepercayaan penuh bagi menjalankan tugas dan kewajipan kerana Jabatan KDN/KA ini merupakan satu elemen yang amat penting khususnya dalam menghadapi ancaman ketenteraman awam di negara ini,” ujar beliau.

Turut Hadir Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerak Khas (PGK), ACP Rosly Mohd Salleh dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

_MG_4770
Majlis menandatangani dokumen tugas

_MG_4777
SAC Dato’ Kamarulzaman Md. Jan menyerahkan dokumen jawatan kepada SAC Adzaman Mohd Jan, SAC Kepolisan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) baharu

_MG_4756
Antara yang hadir

_MG_4740
Antara yang hadir

ArtikelDiterbitkan 11 May 2016 6.05 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.29 PM