Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penganjuran majlis seperti ini akan dapat memperkukuhkan lagi semangat setiakawan dan perpaduan sesama kita, sekali gus akan merealisasikan semangat 1Malaysia di dalam PDRM...ucapan oleh YDH Ketua Pol..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-rumah-terbuka-deepavali-tahun-2010-peringkat-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:55 MYT

Shah Alam - 1 November 2010. 'Deepavali Val-Thu-Kal', ucapan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia kepada semua warga Polis Diraja Malaysia, walaupun perayaan Deepavali akan disambut pada 5 November 2010 nanti.

Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara itu, khususnya untuk warga PDRM yang beragama Hindu, semasa beliau hadir di Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Tahun 2010 Peringkat PDRM di Dewan Futsal, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, pada tengahari ini.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah YDH DIG Dato' Sri Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Datin Sri Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama isteri, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YBhg Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor, mantan Ketua Polis Negara Kelima dan Dif-dif jemputan. Tidak ketinggalan juga turut hadir mantan Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota serta masyarakat setempat.

Tetamu yang hadir pada hari ini, disambut oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Deepavali PDRM Tahun 2010 dan YBhg Datin Komodhi Dhanaraj serta pegawai-pegawai dari Kontinjen Selangor.

Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi negara, penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing di Malaysia, yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Seperti perayaan-perayaan agama yang lain, Hari Deepavali disambut oleh kaum Hindu dengan keistimewaannya tersendiri, dengan kepercayaan bahawa segala keburukan atau kejahatan di dunia ini akan terhapus dan diganti dengan cahaya kebaikan dan kesyukuran, yang membawa kepada kesejahteraan hidup.

Selain daripada persiapan masing-masing untuk menghiasi rumah dan diri, acara keagamaan di kuil-kuil pada pagi Deepavali, perayaan ini turut disambut dengan amalan rumah terbuka dan kunjung mengunjungi antara rakan dan taulan tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kepada warga PDRM yang bergama Hindu, semoga semangat perayaan Deepavali ini akan memberikan dorongan dan kekuatan bagi membawa kesejahteraan kepada diri dan keluarga anda semua"

"Penganjuran majlis seperti ini akan dapat memperkukuhkan lagi semangat setiakawan dan perpaduan sesama kita, sekali gus akan merealisasikan semangat 1Malaysia di dalam PDRM", antara ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara di Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Tahun 2010 Peringkat PDRM

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Tetamu yang hadir pada hari ini, disambut oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Deepavali PDRM Tahun 2010 dan YBhg Datin Komodhi Dhanaraj serta pegawai-pegawai dari Kontinjen Selangor

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri...

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
 YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Deepavali PDRM Tahun 2010 menyambut ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Tetamu istimewa, disambut dengan tarian singa, tiupan serunai dan gendang India serta pukulan kompang.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
dari kanan...YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Pemangku Ketua Polis Selangor,  YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Dato' Sri Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
kanan...YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bersama YDH Ketua Polis Negara.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Mantan Ketua Polis Negara Kelima, YBhg. Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor juga turut hadir

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
dari kiri...YBhg. Datin Sri Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dan YBhg Datin Komodhi Dhanaraj bersama-sama tetamu jemputan

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Antara tetamu jemputan yang hadir...

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Dewan Futsal IPK SElangor ini dipenuhi oleh jemputan dari berbilang kaum dan bangsa...

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Ucapan Perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Peringkat PDRM

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Majlis kalungan bunga...

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan kurang upaya

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Sumbangan kepada balu...

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
'Sampaikan Salam Ku'...Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycats menghiburkan tetamu..

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Persembahan tarian 1Malaysia dari kumpulan tarian One Remix...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM