Majlis Rumah Terbuka Deepavali Tahun 2010 Peringkat Pdrm
Shah Alam - 1 November 2010.
'Deepavali Val-Thu-Kal', ucapan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji
Omar, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd
Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia kepada semua warga Polis Diraja
Malaysia, walaupun perayaan Deepavali akan disambut pada 5 November 2010
nanti.
Ucapan
oleh YDH Ketua Polis Negara itu, khususnya untuk warga PDRM yang
beragama Hindu, semasa beliau hadir di Majlis Rumah Terbuka Perayaan
Deepavali Tahun 2010 Peringkat PDRM di Dewan Futsal, Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Selangor, pada tengahari ini.
Turut hadir dimajlis
tersebut ialah YDH DIG Dato' Sri Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua
Polis Negara dan YBhg. Datin Sri Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi
PERKEP Malaysia, YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah
Persekutuan, YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam bersama isteri, YDH Datuk
Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, YBhg
Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor, mantan Ketua Polis Negara Kelima dan
Dif-dif jemputan. Tidak ketinggalan juga turut hadir mantan Timbalan
Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah serta
Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota serta masyarakat setempat.
Tetamu
yang hadir pada hari ini, disambut oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan,
Pengerusi Majlis Sambutan Hari Deepavali PDRM Tahun 2010 dan YBhg Datin
Komodhi Dhanaraj serta pegawai-pegawai dari Kontinjen Selangor.
Walaupun
agama Islam menjadi agama rasmi negara, penganut-penganut agama lain
bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing di Malaysia, yang
mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Seperti
perayaan-perayaan agama yang lain, Hari Deepavali disambut oleh kaum
Hindu dengan keistimewaannya tersendiri, dengan kepercayaan bahawa
segala keburukan atau kejahatan di dunia ini akan terhapus dan diganti
dengan cahaya kebaikan dan kesyukuran, yang membawa kepada kesejahteraan
hidup.
Selain
daripada persiapan masing-masing untuk menghiasi rumah dan diri, acara
keagamaan di kuil-kuil pada pagi Deepavali, perayaan ini turut disambut
dengan amalan rumah terbuka dan kunjung mengunjungi antara rakan dan
taulan tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kepada
warga PDRM yang bergama Hindu, semoga semangat perayaan Deepavali ini
akan memberikan dorongan dan kekuatan bagi membawa kesejahteraan kepada
diri dan keluarga anda semua"
"Penganjuran
majlis seperti ini akan dapat memperkukuhkan lagi semangat setiakawan
dan perpaduan sesama kita, sekali gus akan merealisasikan semangat
1Malaysia di dalam PDRM", antara ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara di
Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Tahun 2010 Peringkat PDRM

Tetamu
yang hadir pada hari ini, disambut oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan,
Pengerusi Majlis Sambutan Hari Deepavali PDRM Tahun 2010 dan YBhg Datin
Komodhi Dhanaraj serta pegawai-pegawai dari Kontinjen Selangor

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri...

YDH
SAC Dato' A. Thaiveegan, Pengerusi Majlis Sambutan Hari Deepavali PDRM
Tahun 2010 menyambut ketibaan YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara.

Tetamu istimewa, disambut dengan tarian singa, tiupan serunai dan gendang India serta pukulan kompang.

dari
kanan...YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Pemangku Ketua Polis Selangor,
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH
DIG Dato' Sri Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

kanan...YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bersama YDH Ketua Polis Negara.

Mantan Ketua Polis Negara Kelima, YBhg. Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor juga turut hadir

dari
kiri...YBhg. Datin Sri Nur Habibah binti Hatim, Naib Pengerusi PERKEP
Malaysia, YBhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi
PERKEP Malaysia dan YBhg Datin Komodhi Dhanaraj bersama-sama tetamu
jemputan

Antara tetamu jemputan yang hadir...

Dewan Futsal IPK SElangor ini dipenuhi oleh jemputan dari berbilang kaum dan bangsa...

Ucapan Perasmian oleh YDH Ketua Polis Negara

Gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali Peringkat PDRM

Majlis kalungan bunga...

YBhg.
Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia
menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan kurang upaya

Sumbangan kepada balu...

'Sampaikan Salam Ku'...Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycats menghiburkan tetamu..

Persembahan tarian 1Malaysia dari kumpulan tarian One Remix...