Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Published: 10 Jun 2014 4.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis diserikan dengan kehadiran YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-rumah-terbuka-aidilfitri-jabatan-siasatan-jenayah-narkotik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT

Bukit Aman - 2 Oktober 2010. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini dari jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang.

Majlis diserikan dengan kehadiran YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan isteri disambut oleh YDH DCP Dato' Othman bin Harun, pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM.

Turut hadir di dalam majlis rumah terbuka itu adalah Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor, dif-dif jemputan serta anggota polis berserta keluarga dan wakil-wakil media.

Pelbagai juadah yang enak telah disediakan dan tetamu yang hadir dihiburkan oleh Kombo PDRM serta nyanyian dari Pegawai-pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Penyambut-penyambut tetamu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
dua dari kanan...YDH DCP Dato' Othman bin Harun, pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM menunggu ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Wakil-wakil media yang turut hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
kanan...YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan YDH DCP Dato' Othman bin Harun bersama tetamu jemputan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
kiri...YDH SAC Dato' Ismail bin Yatim, Timbalan Pengarah III, Perlucuthakan Harta/Tahahan/Perundangan JSJN juga turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan Kombo PDRM sebelum meninggalkan majlis

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Wakil-wakil media sempat menemuramah YDH Ketua Polis Negara sebelum beliau meninggalkan majlis

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YBhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri meninggalkan majlis

ArticlePublished 10 Jun 2014 4.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM