Article
Majlis Pra Pelancaran Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
Majlis Pra Pelancaran Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas,...
Padang Kota Lama, Pulau Pinang - 17 Mac 2007. Majlis Pra Pelancaran Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Hadir sama di majlis tersebut ialah YAB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hasan, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Mohd Najib Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai Kanan dan anggota polis serta Dif-dif jemputan dan ribuan orang ramai yang menyaksikan majlis bersejarah itu. Simbolik mengadakan majlis Pra Pelancaran di Pulau Pinang adalah untuk mengimbas kembali peristiwa 200 tahun dahulu dimana berkuatkuasanya Piagam Keadilan (The Charter of Justice) yang diperkenalkan oleh King George III pada 25 Mac 1807 yang membentuk sebuah sistem kepolisan yang berkembang hingga kini.

Anggota Polis dengan pakaian polis dalam sejarah 200 tahunnya dipertontonkan kepada orang ramai dan tiga orang kapitan yang mewakili kaum Melayu, Cina dan India berbaris masuk dengan membawa replika skrol Piagam Keadilan yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.