Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam

Published: 12 Jun 2014 3.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
PDRM sentiasa mendengar serta mengambil berat akan setiap permasalahan serta rungutan pegawai-pegawai awam ini dan menjadi tanggungjawab PDRM untuk memperhalusi dan di mana perlu, memperbaikinya sehin..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perjumpaan-ydh-pengarah-pengurusan-pdrm-bersama-pegawai-kanan-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT

Oleh : L/Kpl Irfan bin Bujang
Foto : L/Kpl Edwind Indo

"... penjawat awam merupakan golongan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan segala tindakan dan dasar kerajaan serta menjadikan rakyat sebagai teras kepada segala gerak kerja yang dilakukan..."- YDH Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

CHERAS, 3 Oktober -
"Keperluan pengawaman ini mempunyai beberapa ciri penting yang di antaranya memerlukan pegawai awam dengan gred jawatan yang bersesuaian dan setaraf untuk menggantikan pegawai beruniform serta melakukan tugas-tugas di luar bidang kepolisan yang dahulunya dilakukan oleh pegawai polis tersebut," ujar YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, hari ini.

Berucap sempena Majlis Perjumpaan / Dialog Pengarah Pengurusan Bersama Pegawai Awam NBOS 1 di Dewan Sultan Hj Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini, beliau menjelaskan langkah ini bertujuan memaksimumkan 'Omnipresence' pegawai polis di dalam komuniti masyarakat seterusnya membantu negara dalam mengurangkan kadar jenayah dan mengekalkan keamanan sejagat.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan PDRM sentiasa mendengar serta mengambil berat akan setiap permasalahan serta rungutan pegawai-pegawai awam ini dan menjadi tanggungjawab PDRM untuk memperhalusi dan di mana perlu, memperbaikinya sehinggalah masalah tersebut selesai.

"Begitu juga dalam hal kebajikan setiap pegawai awam tidak akan dipandang enteng demi mewujudkan suasana harmoni dan memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara pegawai awam dan pegawai PDRM," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar pegawai awam berusaha untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan cara atau budaya kerja PDRM.

"Kita dalam pasukan polis, 'men-in-blue' menonjolkan keterampilan sebagai aspek disiplin dan ianya perlu dibudayakan oleh setiap ahli organisasi, termasuklah pegawai awam", akhirinya.

Turut hadir pada hari ini, YDH SAC Dato' Dr. Chai Khin Chung, Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Paramasivam a/l Arunasalam, Ketua Penolong Pengarah (Latihan/Peperiksaan), YDH SAC Hasanuddin bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Y.Bhg Encik Mahmad bin Baharom, Presiden PACSU PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, dan Pegawai-pegawai Awam PDRM.

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Sekitar sesi pendaftaran

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Taklimat pentabdiran oleh Penolong Ketua Unit Pegawai Kanan

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Ceramah Integriti oleh Y.Bhg Encik Mohd Rizaidi bin Mohd Ishak, Timbalan Pengarah (Sektro Swasta Institut Integriti Malaysia)

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Antara yang hadir

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Ketibaan CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Bergambar kenangan bersama Ahli Jawatan Kuasa Majlis Perjumpaan Pegawai Awam NBOS 1 NKRA/NSES

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Nyanyian lagu 'Perkhidmatan Awam'

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Dari kiri... YDH SAC Dato' Dr. Chai Khin Chung, Timbalan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM dan YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Juru Acara majlis

Bacaan doa oleh Y.Bhg Ustaz Mohd. Asri bin Haji Azmi, Bahagian Agama Dan Kaunseling Maktab PDRM Kuala Lumpur

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Lafaz Ikrar dipimpin oleh Encik Mohd Fadli bin Mohd Noor, Wakil Pegawai-Pegawai Awam PDRM

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Ucapan YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Sekitar sesi soal jawab bersama YDH Pengarah Pengurusan PDRM

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Ucapan balas oleh Y.Bhg Encik Mahmad bin Baharom, Presiden PACSU PDRM

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Penyampaian Cenderahati

Majlis Perjumpaan Ydh Pengarah Pengurusan Pdrm Bersama Pegawai Kanan Awam
Ceramah Integriti Perkhidmatan Awam oleh Dr. Abdul Jalil Hassan, Urus Setia KPN (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM