Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perbarisan Perpisahan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Psp

Diterbitkan: 11 Mar 2016 5.23 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Beliau dalam ucapannya berkata, sepanjang 38 tahun tempoh perkhidmatannya, beliau tidak pernah merasa kekurangan mahupun menyesal menabur bakti. Beliau turut menyatakan perkhidmatannya dalam PSP merupakan kenangan yang terindah dalam kerjaya kepolisannya di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perbarisan-perpisahan-komander-pasukan-simpanan-persekutuan-psp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:48 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Kpl Edwind Indo & Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : Insp. Muhamad Asif Jamaludin


Kuala Lumpur, 11 Mac - Suasana kelihatan sugul dan hiba sejurus Bekas Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Dato' Abdul Hamid Mohd Ali menyampaikan ucapan penghargaan dalam Majlis Perbarisan Perpisahan Komander PSP di Dataran Kawad PSP, Cheras, di sini, hari ini.

Dato' Abdul Hamid Mohd Ali telah dinaikkan pangkat kepada Deputy Commissioner Of Police (DCP) dan akan bertukar menjadi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Beliau dalam ucapannya berkata, sepanjang 38 tahun tempoh perkhidmatannya, beliau tidak pernah merasa kekurangan mahupun menyesal menabur bakti. Beliau turut menyatakan perkhidmatannya dalam PSP merupakan kenangan yang terindah dalam kerjaya kepolisannya di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya dan anda harus merasa bangga berada di dalam satu organisasi yang kaya dengan budaya disiplin, berwibawa serta dipandang tinggi oleh masyarakat malahan di dalam PDRM itu sendiri”, tambah beliau lagi.

Pada masa yang sama, turut diadakan Upacara Pemakaian Pangkat kepada dua pegawai kanan dan 18 anggota PSP serta penyampaian sijil penghargaan yang diwakili oleh pegawai-pegawai pemerintah unit.

“Syabas dan tahniah dan semoga kenaikan pangkat ini akan memberikan khidmat yang terbaik. Bagi diri saya dan mewakili keluarga mendoakan anda semua agar sentiasa dilimpahkan kesejahteraan dan kesihatan serta terus maju jaya dalam kerjaya”, mengakhiri ucapannya.

Turut hadir ialah Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, ACP Alian Haji Hashim, Pegawai-pegawai Pemerintah Unit PSP, Pengerusi-pengerusi PERKEP Unit dan warga PSP.

_MG_6138
Bekas Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Dato' Abdul Hamid Mohd Ali memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.

ArtikelDiterbitkan 11 Mar 2016 5.23 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM