Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepanjang kursus ini, peserta telah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti solat berjemaah 5 waktu, pengamalan solat-solat sunat, Qiamulail, kaunseling berkelompok, latihan luar..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-penutupan-kursus-syifa-al-insan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:00 MYT

Kuala Kubu Bharu - 27 Mei 2010. Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa' Al-Insan  telah disempurnakan oleh YDH SAC Haris Wong bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan & Operasi) yang mewakili Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Dewan Anggerik, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu pada petang ini.

Hadir sama dimajlis perasmian penutupan ialah YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling), Y.Bhg. Brigedier Jeneral Hj. Kamaruddin bin Hj. Mamat, Pengarah KAGAT, Markas ATM, Y.Bhg. Kepten Rashid bin Awang (TLDM), Cawangan Provos Marsyal ATM dan YDH ACP Mohd Kamal bin Kordi, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.

Kursus Syifa' Al-Insan ini adalah anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT). Kursus ini adalah julung-julung kali di adakan dan akan berterusan dengan penganjuran secara bergilir-gilir antara BAKA dan KAGAT.

Objektif kursus ini ialah melahirkan warga PDRM dan ATM yang mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab kepada Allah S.W.T, RasulNya dan negara, memupuk kerjasama dan silatulrahim yang erat dan menyuntik kesedaran agar menjauhi perkara-perkara yang tidak baik dan menyalahi agama. 

Seramai 50 orang peserta Kursus Syifa' Al-Insan  yang terdiri daripada 25 orang peserta PDRM dan 25 orang peserta dari ATM  telah berjaya menamatkan kursus yang bermula pada 16 Mei 2010 dan tamat pada petang ini.

Sepanjang kursus ini, peserta telah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti solat berjemaah 5 waktu, pengamalan solat-solat sunat, Qiamulail, kaunseling berkelompok, latihan luar, menghadiri tayangan video (Kebesaran Allah) dan juga ceramah berkaitan dadah.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan
Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa' Al-Insan...dari kanan,  YDH ACP Mohd Kamal bin Kordi, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Y.Bhg. Kepten Rashid bin Awang (TLDM), Cawangan Provos Marsyal ATM, YDH SAC Haris Wong bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan & Operasi, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) dan Y.Bhg. Brigedier Jeneral Hj. Kamaruddin bin Hj. Mamat, Pengarah KAGAT, Markas ATM.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan
Ucapan Perasmian Penutupan oleh YDH SAC Haris Wong bin Abdullah, mewakili Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan
Penyampaian cenderahati oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron kepada YDH SAC Haris Wong bin Abdullah

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan
Cenderahati kepada Y.Bhg. Brigedier Jeneral Hj. Kamaruddin bin Hj. Mamat, Pengarah KAGAT, Markas ATM

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan
Sesi Bergambar...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM