Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia

Published: 10 Jun 2014 2.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERKEP Malaysia Ke-38, perwakilan juga telah mengadakan lawatan ke Media Prima Bhd , menghadiri sesi ceramah di Dewan Sultan haji Ahmad Shah, Majlis Sambutan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-mesyuarat-agung-tahunan-perkep-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:53 MYT
Cheras - 22 Mac 2010 . Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERKEP Malaysia Ke-38 telah berlangsung di Dewan Sultan haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras  pada pagi ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara.

Hadir sama ialah YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Turut hadir ialah YDH Dato' Seri, Dato'-Dato Pengarah PDRM, YDH Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander dan Komandan Polis Diraja Malaysia dan juga Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan, Kontinjen, Formasi dan Briged.

Majlis  dimulai dua buah lagu yang disampaikan oleh koir PERKEP  'Lagu PERKEP" dan 'Malaysia Tanah Airku'. Satelah ucapan pembukaan oleh  Pengerusi PERKEP Malaysia, dif-dif jemputan telah dipertontonkan Tayangan Video Klip berkaitan aktiviti-aktiviti PERKEP Malaysia sepanjang tahun 2009.

Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri MUsa bin Tan Sri Haji Hassan dan seterusnya melancarkan Buletin PERKEP Malaysia.

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERKEP Malaysia Ke-38, perwakilan juga telah mengadakan lawatan ke Media Prima Bhd , menghadiri sesi ceramah di Dewan Sultan haji Ahmad Shah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul PERKEP Malaysia di Masjid Bukit Aman, menghadiri Perbarisan Perdana Sempena Hari Polis Ke-203 Tahun di PULAPOL KL dan juga Malam Mes Sempena Sambutan Hari Polis Ke-203 tahun.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Nyayian lagu 'PERKEP" dan 'Malaysia Tanah Airku'...

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Antara YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua Polis Negeri yang hadir

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Dif-dif jemputan dan perwakilan yang hadir

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Koir dan Kombo PERKEP..buat pertama kali diperdengarkan lagu 'Kaulah Wanita', ciptaan Supt. Alina binti Saad dan lirik oleh P/DSP Rose Baini binti Kasim.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Ucapan Pengerusi PERKEP Malaysia, YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Pelancaran Buletin PERKEP oleh YDH Ketua Polis Negara

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Perkep Malaysia
Bergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara
ArticlePublished 10 Jun 2014 2.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM