Majlis Perasmian Makan Malam Kejohanan Kanu Maksak Malaysia 2007
PULAPOL
Kuala Lumpur - 23 Ogos 2007. Polis Diraja Malaysia telah diberikan
penghormatan untuk menganjurkan Kejohanan Kanu MAKSAK Malaysia 2007 di
Tasik Putrajaya. Kejohanan ini adalah edisi ke-7 yang bermula pada tahun
2001 dimana anjuran adalah bergilir-gilir antara PDRM dan ATM. PDRM
telah menganjurkan Kejohanan Kanu pada tahun 2001, 2003, 2005 dan 2007.
Seramai
414 atlit dari 11 kontinjen telah berhimpun untuk menyertai Kejohanan
Kanu MAKSAK Malaysia 2007. Penyertaan yang begitu ramai pada kejohanan
kali ini akan terus menyemarakkan semangat kerjasama dan setiakawan di
kalangan seluruh kakitangan awam di negara ini. Kejohanan ini diharapkan
akan dapat memenuhi citarasa anggota MAKSAK yang menggemari sukan
rekreasi, terutamanya kepada pencinta sukan air. Aktiviti-aktiviti
rekreasi serta bersukan seperti ini adalah landasan yang ideal ke arah
membentuk persefahaman dan kerjasama yang lebih jitu, selain membentuk
koordinasi dan integrasi di kalangan penjawat awam. Semoga hasrat
kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas serta
semangat setiakawan akan dapat dipupuk dan diperkayakan agar menjadi
sebuah budaya bagi mewujudkaan suasana kerja yang harmonis, beretika dan
berdisiplin.
Majlis
Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Kanu MAKSAK Malaysia 2007 telah di
sempurnakan oleh YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua
Polis Negara. Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Encik Mohamad
Zahari bin Haji Samingon, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, YDH SAC 1
Dato' Hj. Jalaluddin bin Hj. Abdul Rahman, Komander Polis Marin
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Dif-dif jemputan, Pengurus
Pasukan serta para atlit semua kontinjen.

YDH
Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz menyampaikan Cenderahati dan Sijil
Penyertaan kepada Sjn Abdul Aziz Buniran, Ketua Kontinjen PDRM.

YDH
Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara
menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg. Encik Mohamad Zahari Haji
Samingon, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia