Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Perasmian Makan Malam Kejohanan Kanu Maksak Malaysia 2007

Published: 09 Jun 2014 2.28 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Polis Diraja Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menganjurkan Kejohanan Kanu MAKSAK Malaysia 2007 di Tasik Putrajaya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-makan-malam-kejohanan-kanu-maksak-malaysia-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 23 Ogos 2007. Polis Diraja Malaysia telah diberikan penghormatan untuk menganjurkan Kejohanan Kanu MAKSAK Malaysia 2007 di Tasik Putrajaya. Kejohanan ini adalah edisi ke-7 yang bermula pada tahun 2001 dimana anjuran adalah bergilir-gilir antara PDRM dan ATM. PDRM telah menganjurkan Kejohanan Kanu pada tahun 2001, 2003, 2005 dan 2007.

Seramai 414 atlit dari 11 kontinjen telah berhimpun untuk menyertai Kejohanan Kanu MAKSAK Malaysia 2007. Penyertaan yang begitu ramai pada kejohanan kali ini akan terus menyemarakkan semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan seluruh kakitangan awam di negara ini. Kejohanan ini diharapkan akan dapat memenuhi citarasa anggota MAKSAK yang menggemari sukan rekreasi, terutamanya kepada pencinta sukan air. Aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan seperti ini adalah landasan yang ideal ke arah membentuk persefahaman dan kerjasama yang lebih jitu, selain membentuk koordinasi dan integrasi di kalangan penjawat awam. Semoga hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas serta semangat setiakawan akan dapat dipupuk dan diperkayakan agar menjadi sebuah budaya bagi mewujudkaan suasana kerja yang harmonis, beretika dan berdisiplin.

Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Kanu MAKSAK Malaysia 2007 telah di sempurnakan oleh YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara. Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.Bhg. Encik Mohamad Zahari bin Haji Samingon, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, YDH SAC 1 Dato' Hj. Jalaluddin bin Hj. Abdul Rahman, Komander Polis Marin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Dif-dif jemputan, Pengurus Pasukan serta para atlit semua kontinjen.

Majlis Perasmian Makan Malam Kejohanan Kanu Maksak Malaysia 2007
YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz menyampaikan Cenderahati dan Sijil Penyertaan kepada Sjn Abdul Aziz Buniran, Ketua Kontinjen PDRM.

Majlis Perasmian Makan Malam Kejohanan Kanu Maksak Malaysia 2007
YDH Tan Sri Mohd Najib bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y. Bhg. Encik Mohamad Zahari Haji Samingon, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia

ArticlePublished 09 Jun 2014 2.28 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM