Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam Masai Johor
Masai, Johor - 1 Ogos 2007. Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara. Turut mengiringi YDH Ketua Polis Negara ialah YDH SAC 1 Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Timbalan Ketua Polis Johor.
Hadir sama dimajlis tersebut ialah YB Dato' Haji Hamsan Saringat,Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, YB Encik Tan Cher Puk, Adun Johor Jaya,YDH Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Pesuruhjaya Polis, Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Dif-dif jemputan sertamasyarakat setempat.
Penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ini merupakan sebahagian daripada perancangan Pasukan Polis Diraja Malaysia untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan dan melaksanakan kehendak masakini dalam usaha untuk memperkukuhkan imej PDRM.Pembukaan Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ini juga adalah satu strategi untuk mewujudkan iklim dan suasana aman serta selamat bagi pelabur-pelabur serta masyarakat setempat selaras dengan usaha projek mega kerajaan dalam Pembangunan Wilayah Iskandar (WPI).
Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ini akan mengurus dan mentadbir 8 buah balai polis iaitu Balai Polis Seri Alam, Balai Polis Johor Jaya, Balai Polis Ulu Tiram, Balai Polis Masai, Balai Polis Pasir Gudang, Balai Polis Taman Sciectex, Balai Polis Desa Cemerlang dan Balai Polis Pasir Putih.
Sesungguhnya peranan dan sokongan orang ramai amat diperlukan dan dengan kerjasama erat sudah pasti kejadian jenayah akan dapat dibendung, kes-kes jenayah dapat diselesaikan dan masyarakat akan dapat menikmati persekitaran yang lebih selamat dibawah pentadbiran polis Seri Alam.

YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Watikah Perlantikan dan Tongkat Kuasa kepada YDH Superintenden Roslan bin Zainuddin, Ketua Polis Daerah Seri Alam yang akan menerajui pegawai dan anggota seramai 159 orang buat permulaan dimana anggotanya akan ditambah secara progresif kepada 641 orang

YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara memotong reben Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.