Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyerahan Kolam Renang Mes Greysand Port Dickson

Published: 27 Mar 2024 10.41 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Port Dickson, 27 Mac 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima kemudahan baharu sebuah kolam renang daripada Jabatan Kerja Raya dalam satu majlis ringkas penyerahan rasmi yang telah berlangsung di Mes Greysands, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-kolam-renang-mes-greysand-port-dickson
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT
 
Port Dickson, 27 Mac 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima kemudahan baharu sebuah kolam renang daripada Jabatan Kerja Raya dalam satu majlis ringkas penyerahan rasmi yang telah berlangsung di Mes Greysands, di sini, pagi tadi.

Kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang baharu dibina dengan menggunakan peruntukan kewangan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia tersebut bertujuan memberikan kemudahan fasiliti dan keselesaan warga PDRM yang datang menginap di situ.

Penyerahan kolam berkenaan telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Port Dickson, Ir. Ts. Mohd Faizal Mohd Nordin kepada Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Naib Yang Dipertua Mes PDRM, DCP Dato' Fadzil Ahmat.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi menandatangani dan penyerahan dokumen pembayaran oleh Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman merangkap Bendahari Kehormat Mes Pegawai Kanan, SAC Muhammad Hanif Othman kepada Pengarah Syarikat Tetuan Voxlogic Enterprise dengan disaksikan DCP Dato’ Fadzil.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman selaku Ahli Pembangunan Mes Pegawai Kanan PDRM, ACP Hamdan Hj. Khalid, Setiausaha Mes PDRM, DSP Mohd Redzuan Zainol Abidin dan barisan Ahli Jawatankuasa Mes PDRM.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people, dais and text
ArticlePublished 27 Mar 2024 10.41 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM