
Artikel
Majlis Penyerahan Kolam Renang Mes Greysand Port Dickson
Port Dickson, 27 Mac 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima kemudahan baharu sebuah kolam renang daripada Jabatan Kerja Raya dalam satu majlis r...
Port Dickson, 27 Mac 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima kemudahan baharu sebuah kolam renang daripada Jabatan Kerja Raya dalam satu majlis ringkas penyerahan rasmi yang telah berlangsung di Mes Greysands, di sini, pagi tadi.
Penyerahan kolam berkenaan telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Port Dickson, Ir. Ts. Mohd Faizal Mohd Nordin kepada Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Naib Yang Dipertua Mes PDRM, DCP Dato' Fadzil Ahmat.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi menandatangani dan penyerahan dokumen pembayaran oleh Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman merangkap Bendahari Kehormat Mes Pegawai Kanan, SAC Muhammad Hanif Othman kepada Pengarah Syarikat Tetuan Voxlogic Enterprise dengan disaksikan DCP Dato’ Fadzil.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti), Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman selaku Ahli Pembangunan Mes Pegawai Kanan PDRM, ACP Hamdan Hj. Khalid, Setiausaha Mes PDRM, DSP Mohd Redzuan Zainol Abidin dan barisan Ahli Jawatankuasa Mes PDRM.