Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009

Published: 10 Jun 2014 1.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebanyak 6,414 bungkusan hari raya akan di agih-agihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang akan bertugas di hari lebaran nanti. Diharap dengan adanya bungkusan kuih raya ini akan dapat mengubat k..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-bungkusan-kuih-raya-pdrm-tahun-2009
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:55 MYT

Subang Jaya - 4 September 2009 . Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya dan Sumbangan Kepada Balu-Balu Warga PDRM 2009 telah berlangsung di Victorian Ballroom, Holiday Villa Subang Jaya, Selangor pada petang ini. Majlis telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Hadir juga di majlis itu ialah YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH CP Dato' Husin bin Haji Ismail Pengarah Jabatan KDN/KA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya PDRM Tahun 2009 dan Y.Bhg. To' Puan Habibah binti Hatim, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, Y.Bhg Pengerusi PERKEP Jabatan, YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, Komander-Komander Briged PGK, PGA, Marin, Unit Udara dan PSP serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Pucuk pimpinan PDRM tidak pernah sesekali melupakan para pegawai dan anggotanya yang bertugas di bandar-bandar, desa, di perbatasan dan juga persiaran pantai negera serta juga udara dan juga  yang berada di perantauan kerana menyahut seruan keamanan antarabangsa di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada petang ini, sebanyak 6,414 bungkusan hari raya akan di agih-agihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang akan bertugas di hari lebaran nanti. Diharap dengan adanya bungkusan kuih raya ini akan dapat mengubat kepiluan dan kerinduan mereka terhadap keluarga dan kampung halaman  ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ketika seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia menyambut ketibaan fajar syawal.

Pada petang ini juga , PERKEP Malaysia juga telah menyumbangkan RM 1,000 dan sebuah hamper kepada setiap orang balu yang terdiri daripada 10 orang balu kesemuanya bagi meringankan beban mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
Gotong royong mengisi beraneka kuih-muih di dalam bekas khas

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
PERKEP Malaysia juga tidak ketinggalan...

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara menerima bungkusan kuih raya untuk di agih-agihkan kepada warga PDRM dari  Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
YDH CP Dato' Hussin  bin Hj Ismail menerima bungkusan kuih raya untuk Jabatan KDN/KA

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
Y.Bhg Puan Sri Jurian binti Dato' Ahmad menyampaikan sumbangan kepada salah seorang balu

Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Pdrm Tahun 2009
Bergambar kenangan bersama balu-balu serta ahli keluarga..

ArticlePublished 10 Jun 2014 1.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM