Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada petang ini, sebanyak 6,414 bungkusan hari raya akan diagih-agihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang akan bertugas di hari lebaran nanti..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyerahan-bungkusan-hari-raya-aidilfitri-tahun-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:25 MYT

Bukit Aman - 1 September 2010. Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2010 bersamaan 1431 Hijrah Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di Mes Pegawai Bukit Aman pada petang ini.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Turut hadir ialah YDH CP Dato' Hussin bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan KDN/KA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penyerahan Sumbangan Bungkusan Hari Raya PDRM Tahun 2010 dan Y.Bhg Toh Puan Nur Habibah binti Hatim, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, YDH Dato' Seri, Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Ketua-ketua Komander Jabatan KDN/KA serta Ahli-ahli Jawatankuasa PERKEP Malaysia.

Pucuk pimpinan PDRM tidak pernah sesekali melupakan para pegawai dan anggotanya yang bertugas di bandar-bandar, desa, di perbatasan dan juga persiaran pantai negara, udara atau jalan raya, lebuh raya di bawah OPS Sikap ataupun yang terlibat dengan operasi-operasi pencegahan jenayah di bawah NKRA dan juga  yang berada di perantauan kerana menyahut seruan keamanan antarabangsa di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada petang ini, sebanyak 6,414 bungkusan hari raya akan diagih-agihkan kepada pegawai-pegawai dan anggota yang akan bertugas di hari lebaran nanti. Diharap dengan adanya bungkusan kuih raya ini akan dapat mengubat kepiluan dan kerinduan mereka terhadap keluarga dan kampung halaman  ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ketika seluruh umat muslimin dan muslimat di seluruh dunia menyambut ketibaan fajar syawal.

Majlis Pembungkusan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010 pula telah dijalankan pada 30 Ogos 2010 di Mes Pegawai Bukit Aman.

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
Majlis Pembungkusan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010 pada 30 Ogos 2010

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
kanan...Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia turut membantu membungkus kuih raya

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
Antara kuih muih yang terdapat di dalam setiap bungkusan.

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
Barisan Ahli Jawatan Kuasa PERKEP Malaysia yang turut hadir di Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2010

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan Bungkusan Hari Raya kepada Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia.

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
Bungkusan Hari Raya juga turut disampaikan kepada YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
YDH CP Dato' Zul Hasnan Najib bin Baharudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik juga menerima bungkusan Hari Raya dari YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
Bungkusan Hari Raya kepada YDH CP Dato' Mashuri bin Zainal, Pengarah Jabatan Logistik.

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
YDH DCP Dato' Nooryah binti Md. Anvar, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)

Majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010
YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur juga turut menerima Bungkusan Hari raya daripada YDH Timbalan Ketua Polis Negara

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM